Assalamualikum dan salam sejahtera..
Dah lame cik zu tak update blog ni... sibuk sikit.. banyak kerja.. (aiiii... kalo kerja kat institusi pendidikan pon sibuk gini, apetah lagi kalo kerja kat tempat2 lain..cthnya kat audit firm ker, network company ke, hospital ker, kat kilanng kerr.n etc la..mesti lagiii sibuk)...
Hari ni cik zu rasa nak buat entri pasal "perginya cinta bersama bahagia"...Entri kali ni atas request dari seorang kawan cik zu.. ( macam glemer je blog cik zu ni, siap ada request bagai..hikhik)
ok..mula2 sekali, kita kena tahu pasal cinta tu ape.. so, macam2 la definisi cinta..so, tak kisah la ape2 pon, yang penting definisi cinta tu tak rigid pon.. its up to u..cewah! bagi cik zu, cinta tu senang je.. camni "to love is nothing, to be loved is something and to love and be loved is everything"..senang kan? tp cinta boleh pergi bersama bahagia.. kalo ikotkan Maslow Hierarchy of Needs pon ada la gak cerita pasal belongingness and love needs ni.. so, cinta tu perkara2 yang diperlukan dalam hidup sebagai makhluk di muka bumi Allah ni..
Cerita nya senang je.. apa2 pon, kita berbalik kepada basic la.. since agama Islam ni agama yang Syumul(menyeluruh), so kalo kita berpegang pada nya, inshaAllah hidup kita selamat dunia dan akhirat.. Ada beberapa perkara yang Islam gariskan dalam pencarian jodoh dan cinta ni..
1-Yang berharta (sekufu)
2- Keturunan yang baik
3-Rupa paras
4- Beragama
(Lalu pilih lah yang beragama, nescaya kamu bahagia)...
Jadi, untuk kawan cik zu tuh dan uolls yanng lain, soal 2 darjat tu yang sering digembar gemburkan tak timbul pon.. cuma cari lah yang sekufu.. bimbang jika tidak sekufu boleh mmbawa kepada perginya cinta bersama bahagia tu..cik zu berbicara berdasarkan pemerhatian, pembacaan dan juga perkongsian pengalaman hidup bersama2 rakan2...(p/s: cik zu tak kawen lagi ye...name pon cik zu..hikhik) ...
Cinta tu saling melengkapi.. benar.. tp, kekurangan yang sepatutnya dilengkapi itu kadang2 boleh menjadi duri dalam sesebuah perkahwinan.. cewah! duri tu tak la plak cik zu tahu jenis nya ape, duri pohon semalu ke, durian ke.. hehehe.. tp itu adalah realiti.. tp, jika kita bersedia menerima kekurangan disebabkan ketidak"sekufu" an itu dan berupaya mengubahnya menjadi madu, jadi tidaklah salah untuk kita menerima yang tidak sekufu itu..tp jangan sampai tengah jalan, kita menyesal dengan pilihan kita itu..akhirnya berlaku penceraian.. kan sedih tu.. sesungguhnya kita lebih arif dan pakar tentang hati dan perasaan diri kita.. tepuk dada, tnya selera... ----> boleh guna ke peribahasa tu??macam boleh je, macam ok je...
Lepas tu, pilih la keturunan yang baik2.. ye lah, penting untuk pilih keturunan ni..ketrunan yanng baik akan menjamin keturunan2 selepasnya untuk terus2 an mnjadi baik...inshaAllah..
Rupa paras? Erm.. rupa paras ni asalkan yang berkenan di hati ok la.. cik zu pon tak reti sangat nak komen hal ini.. rupa paras tu tengok la jugak kan..kalo muka hensem@lawa, tapi tak baik tak nak la jugak..errrrr...seram gak la.tiap2 hari kena pukul.. bahagia ke gitu,..sudahnya, cinta dan bahagia pon pergi meninggalkan kita...sedih kan (T_T)...tp kalo muka tak ensem@tak lawa, tapi baaaaaaaaiiiikkkkkk, cik zu rasa ok jerr.. ingat camni jer.. ciptaan Allah iu semuanya indah2 belaka...
------> tengok fiona ngn shrek, sweet couple giteewwww
Beragama.. haaa, yang ni memang kene pastikan la.. memang kena yang beragama.. kita kena la tengok bagaimana hubungan nye dengan Allah S.W.T.. kalo solat pon idok, jadik, gi mana dong??? beragama ke tu?? bukan ker solat itu tiang agama???
Konklusinya, kena ambik semua kriteria ni..tapi paling penting, cari lah yang beragama... mudah di dunia dan senang di akhirat :) .. tapi kriteria lain pon kena la jugak diambil kira agar tidak cinta itu pergi bersama bahagia.. tapi kan, kalau dah jodoh nak buat camner.. cik zu pon tak berapa nak arif la kalo ada yang persoalkan "abes tu???kalo dah jodoh???".. errr.. susah gak tuh.. kalo dah jodoh terima je la.. ada lah tuh hikmah untuk sesuatu kejadian tu..
Untuk korang2 yang ada pendapat ker, cerita ker, cik zu alu2 kan la untuk korang share kat ruangan komen kat bawah neh... sharing is caring... sweeeeettttttt
Jadi, akhir kata penutup bicara,
Hari-hari makan tauhu,
Tauhu dimakan bersama ikan aya,
Jadi, since korang semua dah tahu,
Cik zu nak ucapkan semoga berjaya!
#have a nice reading
Wednesday, 20 November 2013
Sunday, 22 September 2013
Pemilik hati ku
Assalamualaikum...
hari ni
cik zu rasa nak update blog je... tak de mood nak tgok tepon, nak tgok
fb... semuanya tak de mood.. nak stadi semalam seharian da stadi.. (wah! ulat
bukunya cik zu :p )..
Dari
semalam, lepas cik zu stadi,cik zu ada la baca buku motivasi dan blog2
motivasi ni.. tp yang paling best, cik zu ad terjumpa nukilan ni.. dan cik zu rasa cik zu nak share lah untuk kawan2 cik zu.. hati ni anugerah Allah.. jd, sebagai hambanya, kita perlulah menjaga anugerah ini sebaik2nya.. tak kira lah hati itu hati kita atau pon hati orang lain... yang cik zu nampak sekarang ni, ramai orang pandai mencuri hati, tapi tidak menjaga hati itu.. ishk ishk..kenapa jadi camtu???? jd, jangann lah sakiti hati... kesian kan kat hati.. huhu
Aku
lukiskan dalam diam
Bahawa hatiku butuh sebuah penghargaan
Yang dijaga dan menjaga Mata
dan hati bernama hamba
Bahawa inilah keharusan
Mencari yang lebih kekal dan hampir
Sedekat-dekat telingaku
Takkan pernah jatuhkan aku
Takkan pernah lemaskan aku
Bahkan memeluk diriku penuh rindu
Biar sunyi selamanya sunyi
Hati ku takkan dimiliki
Kerna jiwaku yang mengingini
Melepaskan bisikan yang berderap
Suci tanpa hubung
Sirna bersama cinta Agung
Allahurabbul Izzati
Pemilik hatiku
Istikharahku menetapkan segala
Bahawa kanku lepaskan segala
Lalu tawakkal penyambung cerita
Kujatuhkan penuh bahagia
Kuusap penuh rela
Pada cintaku terpelihara
Hadirnya dengan izin Maha Kuasa
Bahawa hatiku butuh sebuah penghargaan
Yang dijaga dan menjaga Mata
dan hati bernama hamba
Bahawa inilah keharusan
Mencari yang lebih kekal dan hampir
Sedekat-dekat telingaku
Takkan pernah jatuhkan aku
Takkan pernah lemaskan aku
Bahkan memeluk diriku penuh rindu
Biar sunyi selamanya sunyi
Hati ku takkan dimiliki
Kerna jiwaku yang mengingini
Melepaskan bisikan yang berderap
Suci tanpa hubung
Sirna bersama cinta Agung
Allahurabbul Izzati
Pemilik hatiku
Istikharahku menetapkan segala
Bahawa kanku lepaskan segala
Lalu tawakkal penyambung cerita
Kujatuhkan penuh bahagia
Kuusap penuh rela
Pada cintaku terpelihara
Hadirnya dengan izin Maha Kuasa
Istikharahku kian jelas berbicara
Melepaskan
bisikan yang berharap
Allahurabbi
Menitislah
air mata
Cik zu ni
bukan la ambik master hati, jiwa dan perasaan, tp sbg seorang insan yang ada
hati dan perasaan, cik zu rasa paham kot.. best (^_^)v..
Jadi, sama2 lah kita menjaga hati kita dan juga orang disekeliling kita.. hati ni ibarat kaca, jangan biarkan ianya retak dan pecah.. (T_T)
have a nice
reading...
ilalliqa'
Thursday, 1 August 2013
Cinta dan perkahwinan
Assalamualaikum dan hi...
Rasanya dah hampir seminggu cik zu tak update blog cik
zu...ermm...dalam seminggu ni, cik zu tak berapa nak sihat.. tapi bukan unsound
mind ye...
So, hari ni cik zu nak tulis cerita sikit la... nak kata
cerita tak la jugak, macam cerita kiasan la kot..hahaha...
Cinta.. perkataan
yang hanya ada 5 huruf..tapi parahnya penghidap penyakit cinta ni, susah nak
cakap.. cewah! Tapi sebenarnya adakah kita faham dan mengerti apa itu cinta??
Macam mana nak belajar tentang cinta??? ada tak matrikulasi cinta???? diploma
cinta?? ijazah cinta??? master cinta?? phd cinta?? tak de kan?so, susah gak la
nak explain.. tp, cik zu ad terbaca.. tentang satu kisah seorang pelajar dan
gurunya..Perkahwinan pulak, kalau tersalah pilih, susah masa depan.. ye dak?? entahla, cik zu tak pernah kawen, jd tak tahu la...tp berdasarkan pengalaman kawan2, ghopenya canggitu la...
Cinta
Seorang pelajar
bertanya kepada gurunya apa itu cinta dan bagaimana dia ingin mencari
cinta... Gurunya
menjawab,”Ada ladang gandum yang luas di depan sana. Berjalanlah kamu dan tanpa
boleh mundur kembali, kemudian ambillah satu saja ranting. Jika kamu menemukan
ranting yang kamu anggap paling menakjubkan, ertinya kamu telah menemukan
cinta” Pelajar tu pun berjalan, dan tidak seberapa lama, dia kembali dengan tangan
kosong, tanpa membawa apapun.
Gurunya bertanya, “Mengapa kamu tidak membawa satupun
ranting?”
Pelajar tu menjawab, “Aku hanya boleh membawa satu saja, dan masa
berjalan tidak boleh mundur kembali (berbalik). Sebenarnya aku telah menemukan
yang paling menakjubkan, tapi aku tak tahu apakah ada yang lebih menakjubkan
lagi di depan sana, jadi tak ku ambil ranting tersebut.
Ketika ku melanjutkan berjalan lebih jauh lagi, baru
kusedari bahawasanya ranting-ranting yang ku temukan kemudian tak sebaik dan
secantik ranting yang tadi, jadi tak ku ambil sebatang pun pada akhirnya“
Gurunya kemudian menjawab “Jadi itulah yang dikatakan cinta”
Perkahwinan
Pada hari yang lain, pelajar tu bertanya lagi pada gurunya, “Apa
itu perkawinan? Bagaimana saya boleh menemukannya?”
Gurunya pun menjawab “Ada hutan yang subur di depan sana.
Berjalanlah tanpa boleh mundur kembali (menoleh) dan kamu hanya boleh menebang
satu pohon saja. Dan tebanglah jika kamu menemukan pohon yang paling tinggi,
kerana ertinya kamu telah menemukan apa itu perkawinan”
Pelajar tu pun berjalan, dan tidak seberapa lama, dia kembali
dengan membawa pohon. Pohon tersebut bukanlah pohon yang segar/subur, dan tidak
juga terlalu tinggi. Pohon itu biasa-sederhana saja, tidak terlalu lurus
batangnya. Gurunya bertanya, “Mengapa kamu memotong pohon yang seperti itu?”
Pelajar tu pun menjawab, “Sebab berdasarkan pengalamanku
sebelumnya, setelah menjelajah hampir setengah hutan, ternyata aku kembali
dengan tangan kosong. Jadi dikesempatan ini, aku lihat pohon ini, dan ku rasa
tidaklah buruk sangat, jadi ku putuskan untuk menebangnya dan membawanya ke
sini. Aku tidak mau menghilangkan kesempatan untuk mendapatkannya” Gurunya pun
kemudian menjawab, “Dan itulah yang dikatakan perkahwinan” ...
Jadi sekarang ni agak2 nya korang paham tak apa itu cinta
dan perkahwinan.. ha, kalau tak paham lagi, kita jumpa sem depan la.. (tu ayat
biasa lecturer la...kejam sungguh)
Oleh itu carilah cinta dan dapatkan perkahwinan. Kerana kita
tidak mungkin memperoleh sebenar seperti yang kita impikan. Hidup ini hanya
kesempatan yang sedikit dan sementara. Tidak mungkin akan terpenuhi segala yang
kita mahu. Terimalah seadanya apa yang Allah dah tentukan untuk kita..Jadilah hambanya yang sentiasa bersyukur.. InshaAllah...
Bak kata salah sorang kawan cik zu, "Allah is the best
planner"...
Wallahu'alam..
Thursday, 18 July 2013
Nikmat paling manis apabila Allah mentarbiyah kita dengan pelbagai ujian, namun tautan ukhuwah mampu berhadapan dengan sejuta kesulitan, yang memberi suntikan semangat perjuangan..alirkan halawatul ukhwah, kesungguhan dalam berjuang melalui tautan hati..
Demi Allah Yang Maha Esa, Sesungguhnya tidak disediakan jalan yang mudah untuk menuju cinta Mu..menitis air mata tatkala merindu…menitis air mata tatkala merasakan semakin menjauh…tetapi janji Allah tetap segar dan mekar tanpa pengkhianatan..kerana ku tetap yakini..Allah menyatakan “Wajiblah cintaKu kepada orang-orang yang berkasih sayang kepadaKu”
(Asy-Syahid Hassan al-Banna)
Tiada rasa ketuhanan jika tiada ujian…tiada rasa kehambaan jika tiada kepasrahan..tiada rasa pergantungan jika tiada kepayahan..
Tunjangkanlah resahmu di dada solat..himpunkanlah peritmu di genggaman doa..tutupi kekecewaanmu dengan ketakwaan…dan nilaikanlah kesucian hatimu dengan keikhlasan hati..
Jika Syurga menjadi idaman, jalannya seluas mata memandang..jika keampunan yang didamba, gerbangnya setia menanti…Usah gusar dugaan di hadapan..andai hati nekad mengejar cinta Ilahi..
Pandanglah langit dengan binaannya yang kukuh…bintang dengan kelip-kelipnya..matahari dengan sinarnya..tata suria dengan susunannya..bulan dengan cahayanya..angkasa dengan pelanginya..setiap ciptaan Allah mempunyai keindahan tersendiri..biarlah hari-hari berbuat sesuka hatinya..terimalah segala ketentuan yang muktamad dengan berlapang dada..semoga rasa kesyukuran menjadi penghias setiap hamba Nya..
Pesan pada diri..tabahkan hati kuatkan semangat..pesan pada hati kukuhkan iman, banyakkan zikrullah…pesan pada naluri, jangan mengeluh, jangan kecewa..teruskan perjuangan hingga ke akhirnya..
Di mana sahaja ‘dia’ berada…pasti Islam kan agung semula..bila sahaja ‘dia’ berbicara pasti syaitan akan membencinya…bagaimana sahaja ‘dia’ memimpin alam maya, tersenyumlah malaikat dengan bangga…untuk apa sahaja tujuan ‘dia’ melangkahkan kakinya…nurnya takkan pernah malap..gemilang sinaran menerangi insan di sekelilingnya..berkejalah untuk Islam…bersabarlah demi Islam…menangislah untuk Islam..bergembiralah atas kejayaan Islam..semoga kita adalah ‘dia’ yang menjadi kebanggaan agama..amin
Berjalanlah dengan penuh harapan walau hidup ini tak selalu bahagia, sedekahkanlah satu senyuman walau dihatimu tak lagi mampu bertahan, belajarlah memaafkan walau dirimu terluka, berhentilah memberi alasan walau ingin menyatakan kebenaran, hiduplah dalam Iman walau hari dipenuhi dugaan dan berpeganglah kepada Allah walau Dia tak kelihatan…Bukti kasihNya,kita wujud didunia pinjaman ini. Ada sebab bila berlaku sesuatu perkara dan yakinlah Tuhan menguji setiap hambaNya yang mengakui keimanan kepadaNya. Jangan terlalu banyak berkhayal untuk jadi yang terbaik kerana hidup tak semudah itu, perihal kehidupan sebagai cermin dalam menilai sebuah pengabdian yang hakiki lagi abadi…Moga lelahmu dihargai Ilahi walau dicemuh insani
Dalam kita melangkah… Terkadang diuji dengan ujian yang terasa berat, Hingga kita terduduk dan menangis, Peritnya terasa tetapi ketahuilah, Dan renungilah dalam diri kerana… Mungkin air mata tika itu hadir kerana… Dia mahu menjahit sejadah IMAN yang kian terkoyak Lantaran ada langkah-langkah yang tersasar, Semoga tabah dan tetapkan iman… Biarlah kita keseorangan, Tanpa berteman, Biarlah malam, Tanpa sinar rembulan, Biarlah tidur, Tanpa dihiasi mimpi indah, Tapi, Jangan biarkan hatimu sunyi, Tanpa sepotong ayat, Ayat suci AL-QURAN
Kalau tidak kerana pemuda yang tetap hatinya dan binatang yang melata, orang tua yang berlutut dan anak-anak yang menyusu, nescaya tidak diturunkan atas kamu hujan itu mencurah-curah. Kamu tidak akan ditolong kecuali disebabkan oleh orang lemah yang terdapat di kalangan kamu. (Hadis riwayat Bukhari)
Kesabaran adalah suatu keperluan dalam usaha menegakkan keimanan, melaksanakan amal soleh, memperjuangkan kebenaran dan keadilan. Semuanya bukanlah suatu perkara yang mudah. Oleh itu, ia sangat memerlukan kesabaran. Kesabaran dalam menghadapi hawa nafsu, musuh-musuh luar dan kesusahan lain. Begitu juga kesabaran amat perlu dalam menempuh jalan perjuangan yang amat panjang dan semestinya mengikuti tahap-tahap yang teratur untuk menuju matlamat…
Termaktub dalam sepucuk surat khalifah Umar kepada Abu Musa Al Asyaari: “Milikilah sifat sabar. Sifat sabar itu ada dua. Sabar yang pertama lebih afdhal dari sabar yang kedua iaitu sabar dalam meninggalkan larangan Allah SWT dan sabar dalam menghadapi musibah. Ketahuilah bahawa sabar itu sangkutan iman (orang yang bersabar akan mendapat iman) kerana kebajikan yang paling utama adalah taqwa dan taqwa hanya dapat dicapai dengan sabar.” (SAIDINA ABU BAKAR R.A)
Berkata Saidina Ali K.W. : “Kelemahan adalah penyakit, kesabaran adalah keberanian, zuhud adalah kekayaan, wara’ adalah perisai dan sebaik-baik teman ialah yang mempunyai sifat redha”
Sabda Rasulullah “Aku menjamin dgn sebuah istana yg terdapat di tepi syurga bagi orang yg meninggalkan perdebatan meskipun ia benar, aku menjamin dgn sebuah istana yg terdapat di tgh syurga bagi org yg meninggalkan dusta meskipun ia bergurau, dan aku menjamin dgn sebuah istana yg tertinggi bg org yg membaguskan akhlaknya” [HR Abu Dawud, disahihkan albani]
hati manusia adalah terlalu unik, berbolak-balik, liar dan maknawi sifatnya. tidak ada sebarang alat atau kaedah yang mampu menguasai hati. hati itu milik Tuhan bukan milik tuan. dan hanya Allah sahaja yang mampu mengusai hati manusia.. belajarlah ikhlas dalam setiap amalan yang dikerjakan kerana ia merupakan satu usaha untuk merawat penyakit hati..
Sunday, 14 July 2013
Cinta bukan couple! Cinta itu fitrah, couple itu fitnah
Assalamulaikum n
hi...
Topik hari tengah hari ni yang cik zu nak tulis ni rasa-rasa
nya dekat dengan jiwa korang sekalian.. motif?? takde motif pon... mungkin
sebab cik zu rase di usia cik zu ni, kawan-kawan cik zu sedang dalam proses
melangkah ke alam perkahwinan..so, ada antara mereka yang tengah bercinta..
(cik zu?? ooo...cik zu takpe...cik zu selesa ngn name "cik zu"
ni...kalo jadi "puan zu" cam tak berapa nak bes la plak...hahah)...
Erm..pernah tak korang fikir, cinta itu fitrah..tapi kenapa
bila bercinta kena couple??? kan?? kan???...
Apa itu cinta?
'You'll never understand it until you feel it'...
Cik zu ada terbaca la tulisan tentang definisi cinta oleh
beberapa tokoh ilmuan kat satu forum ni...
Antaranya ialah:
Abdullah Nasih U'lwan
Pernah tak, mengalami situasi di mana korang tiba-tiba saja
berdebar-debar setiap kali ternampak seseorang tu. Seolah-olah, ada tarikan
magnet pada dia yang buat korang rasa nak sorok muka dalam beg setiap kali
terserempak. Contoh, setiap kali korang nak gi kulliyah, atau, dekat kolej,
setiap kali korang terserempak dengan sorang mamat yang taklah hensem sangat,
tapi sebab dia selalu jadi imam solat jemaah dekat surau ataupun die presiden
majlis perwakilan pelajar, korang akan berdebar-debar. Korang pon mula
tertanya-tanya, 'adakah ini cinta?' Haaa. Pernah tak?
~ni contoh ye kawan2...takde kene mengena ngn korangs
ataupon cik zu sendiri...tapi kalo terkena gak nak wat camne... :p
Bak kata Abdullah Nasih U'lwan ni, cinta itu bermaksud 'kecenderungan
kepada sesuatu'. Macam contoh di atas, tiba-tiba jek berdebar-debar bila jumpa
dengan certain orang. Dan tambahnya lagi, ia adalah fitrah yang ada pada semua
makhluk Allah. Jangan rasa tak normal bila kita tiba-tiba rasa macam tu.
hahaha... (maknanya korang ni normal...nama pon perempuan...kalo takde perasaan
camni, yang tu tak normal...hahah)
Fitrah ni ada pada semua. Tak kisahlah dia Hindustan ke,
Pakistan ke, Bangla ke(kalo ada orang bangla @macam bangla yang baca, jangan marah yerkkk
(^_^) ) atau Orang Utan sekalipun, dia pasti ada kecenderungan kepada berlainan
jantina ini.
Ibnu Qayyim
Ibnu Qayyim pernah mengumpulkan pendapat ramai orang tentang
apa itu cinta. Dan, dia telah menyimpulkan makna cinta itu kepada 60 istilah.
Haaa, sekarang korang nampak tak betapa susahnya nak gambarkan sesuatu yang
berbentuk perasaan dalam bentuk ayat. Bermacam-macam pendapat ada.
Lagi, daripada 60 istilah ni, Ibnu Qayyim kategorikan mereka
kepada 3 kategori.
Cinta itu ibarat SINGA
DAN PEDANG. Yakni, cinta ini menjadikan kita kuat. Dan, cinta ini diberi pada
yang selayaknya. Sudah tentu, cinta yang begini hanya dapat diberi kepada
pencipta cinta, Allah.
Cinta itu ibarat BENCANA
BESAR. Cinta yang begini memang banyakkkkkk sangat zaman sekarang ni. Cinta
yang disalurkan pada tempat yang salah. Contoh : gi dating kat Telok Cempedak
sampai kol 1 pagi (ha!! sape penah buat???) Kesannya, kaya syarikat surat
khabar dengan berita buang bayi etc..
Cinta itu ibarat ARAK
YANG MEMABUKKAN. Ni lah yang selalu kita dengar, makan tak kenyang, tidur
tak lena, mandi tak basah. Asyik terkenang si dia saja. Sampaikan, lautan luas
sanggup kurenangi demi untuk membuktikan cintaku padamu kekasihku.. pastu lautan
api sanggup ku redah.. (yeke dok??? kene api rokok pon menjerit~auch, ni nak
redah lautan api...ape daaa)
Ibnu Qayyim juga mengklasifikasikan cinta kepada 3 jenis.
Cinta kepada Allah.
Cinta Kerana Allah.
Cinta bersama Allah.
'Cinta boleh lenyap bersama lenyapnya sebab'
Kalau kita cinta dia sebab dia hensem, kalau tiba-tiba dia
eksiden dan jadik cacat, sudah pasti cinta kita padanya akan hilang.
Kalau kita cinta dia sebab dia kaya, kalau tiba-tiba dia
bankrupt dan jadik miskin, sudah pasti cinta kita padanya akan hilang (ish
ish...)
Begitulah manusia. Sebab tu, kita kena paham, kenapa kita
cinta seseorang tu? Adakah kerana kelebihan yang ada padanya, atau kerana Tuhan
yang menciptakannya? Seseorang akan menjadi 'hamba' kepada apa yang dicintainya.
Kalaulah kita cinta seseorang, kerana kelebihan yang ada padanya, yang tak
kekal, dan bukan kerana Tuhannya, agak-agak berbaloi ke kita jadi 'hamba'nya?
Sanggup mengetepikan pandangan Tuhan kita semata-mata kerana seorang hamba yang
hakikatnya juga bergantung pada Tuhan yang sama?
Abraham Maslow (kepada sesiapa yang pernah belajar
management@Organizational Behaviour paham sangat ngn teori abraham maslow ni...
Abraham Maslow Hierarchy of Needs)
Cinta itu satu keperluan. Semua orang perlukan cinta. Bukti
paling jelas, kita masih lagi bernafas di muka bumi ini walaupun dosa kita
terlampau banyak adalah kerana cinta Tuhan kita, Allah. Kalaulah Allah tu tak
cintakan kita, nescaya Allah akan benamkan kita dalam bumi setiap kali kita
melakukan dosa.
'Dan di antara tanda-tanda (kebesaran)Nya ialah kapal-kapal
(yang berlayar) di laut seperti gunung-gunung. Jika dia menghendaki, Dia akan
menghentikan angin, sehingga jadilah (kapal-kapal) itu terhenti di permukaan
laut. Sungguh, pada yang demikian itu terdapat tanda-tanda kekuasaan Allah bagi
orang yang selalu bersabar dan banyak bersyukur,atau (Dia akan) menghancurkan
kapal-kapal itu kerana perbuatan (dosa) mereka, dan Dia memaafkan banyak (dari
mereka),' [42:32-34]
Cinta itu fitrah, tapi perlu dikawal. Fitrah itu ada
peraturannya yang perlu kita patuhi supaya hidup kita tak haru biru. Allah yang
jadikan cinta itu fitrah dalam diri semua makhluknya, mestilah cinta itu
sesuatu yang baik. Tapi, kita perlu ikut peraturan! Sebab apa Allah tetapkan
peraturan? Sebab Allah itu sangat sayangkan kita.
Jodoh, tetap atau berubah?
Hakikatnya Allah sudah tahu siapa yang akan jadi pasangan
kita, sudah tertulis di Loh Mahfuz. Tapi, 'bagaimana' dia bergantung pada 'bagaimana'
kita.
Cinta High Class
Tips untuk mendirikan BaitulMuslim (BM), tunjukkan
kematangan!
Apa itu cinta high class?
Cinta yang mendaulatkan Allah
no. 1. (hormat walinya)
Cinta yang hanya kerana Allah
yang Esa.
Cinta yang diikuti dengan
mujahadah melawan nafsu.
Biasa VS High Class
Nikah sebab terlanjur VS nikah sebab agama?
Nikah sebab sayang si dia VS nikah sebab sayang pada
pencipta si dia?
Sheikh Yusof Al-Qardawi berkata, pernikahan yang baik adalah
pernikahan yang tiada halangan dari;
Kedua-dua pihak.
Keluarga.
Adat (yang tidak bertentangan
dengan syarak)
Undang-undang
Kesimpulan
Cinta bukan couple! Cinta itu fitrah, couple itu fitnah.
Mengapa perlu dikotorkan fitrah dengan fitnah...
'Jangan hitung berapa kali seseorang mengecewakan dan meninggalkan
kamu. Tapi hitunglah berapa kali kamu mengecewakan Allah sedang Dia tak pernah
sekalipun meninggalkan kamu.'
~Wassalam~
Ikan kerisi berlada
Assalamualaikum n hi..
Cik zu baru lepas siap masak ikan kerisi berlada... hahha... macam tak caya je cik zu masak hr ni... ada peningkatan... (^_^)v... seronoks rase.. tp sedap ke tak sedap tu, kita tunggu berbuka karang la.. ni menu sampingan je la..haha.. kalo nak harapkan menu yang cik zu masak je, alamatnya berbuka karang lapor la seme orang...sebab?? sebab biasanya cik zu masak tak sedap... jadi, mak cik zu dah siapkan menu utamanya...jangan bimbang ye..
menu untuk masak ikan berlada ni cik zu ambik dr kak sofi (kakak seofis cik zu la..btw, thanks kak sofi for giving me dis recipe ) nampak cam sedap... dan cik zu yakin ianya sedap... kikiki.... naty dah abes bulan pose, cik zu bawa g ofis yerrr..
bahan2 yang diperlukan
Bahan A
ikan (tak kisah la korang nak ikan ape pon...ikot citarasa)
garam
kunyit
Bahan B
cili padi (tak kisah la bape puloh biji korang nak guna)
bawang besor (setengah labu)
bawang putih (2 biji)
{bahan2 ni korang blend)
Bahan C
garam
perasa
gula
asam keping (2 keping)
Bahan D
Bawang besar yang dihiris2
Cara memasak...
1-goreng cam biasa ikan tu
2-blend seme bahan2 B
3-Tumis bahan2 blend tu sekali ngn bahan C..
4-Curahkan hasil tumisan tu ke atas ikan
5-Tabur bawang besar ke atasnya..takpon masa tumisan kat stage 3 tu da nak masak, masukkan je hirisan bawang tu ke dalam kuali..
6- Hidang...
Sekian... kalo rase nak mencuba tu, cuba je la...dan selamat mencuba....
Saturday, 13 July 2013
La Tahzan
Assalamualaikum n hi...
"La Tahzan"...
Ayat ni, student cik zu yang bg kat cik zu awal tahun lepas...sebab ape erk die cakap camtu...cik zu pon da lupa... hahaha...
La tahzan ni maksudnya jangan bersedih... korang penah bersedih??? kalo masa sekolah dulu sedih kalo tak dapat the highest mark, tak dapat no 1, tak dapat full A in exam n etc la...ble masuk universiti plak, sedih ni jadi banyak cabang plak kan.. bukan je sedih pasal tak dpat pointer bagus, tp sedih sebb cinta...Adei, sedih bab lain takpe...cik zu tak angin sangat...tp kalo sedih bab cinta ni, shusah mau cerita la... tak yah nak sedih sangat la kot sebb cinta tu...cinta tu untuk dinikmati dan dihargai...bukan untuk ditangisi..cewah!
Bile da abes blaja, sedih plak sebb tak dpat keje..adei, banyak kali sedih ni...pastu, kalo dapat pon, keje tak setaraf ngn ijazah...sedih lagi...pastu, sedih bercinta buat kali keduanya... banyak nye sedih.. rase2 kalo sedih camni, berat badan leh turun ke??? hahaha... cik zu ni tak kisah ngat kalo korang nak sedih2.. sebb cik zu pon penah gak sedih.. ingat cik zu ni robot ke tak penah sedih2..hahaha...tp, pliz, jangan sedih sebb cinta..
Tak berbaloi kot.. adder org tu kisah kau dok bersedih2 an camni??? tak kan.... hidup ni sekali je korang... cthnya, kalo korang dok bersedih pasal cinta tak de pekdah korang tu hr ni, for da whole day (14 July 2013)...rasa2 korang leh lagi tak jumpa tarikh ni??? tak da kan...
Banyak cerita yang cik zu dengar dari kawan2 cik zu (aiii, asyik cerita kawan cik zu je, cerita cik zu takde ke??? hahaha...ayat biasa student2 cik zu yang memang cute2... ayat2 depa pon cute2 gak.)...kawan2 cik zu ske cerita kat cik zu...n cik zu sebagai kawan akan bg nasihat..macam la cik zu ni berpengalaman sangat kan... takde pengalaman pon..pikir cara logik sudey+nasihat yang mak selalu bg...jd, boleh la share ngn kawan ape yang cik zu tahu tu..
Cerita 1
Kawan: Zu, aku sedih la...die tak mesej aku pon hari ni
Cik Zu: Tak yah sedih sangat la.. kalo die tak mesej ko, ade 2 maksud...1:die sibuk...2:die sibuk mesej org lain... tp, bak kate kawan aku kat uia tu, ko kene husnudzon (bersangka baik)..
Kawan: ermmm....die tak rindu aku dah ke??? (sedih lah tu)
Cik Zu: Erm, camni la...ko berdoa je la kalo ko rindu die...
selang sejam pastu, kawan ni mesej cik zu semula
Kawan: Zu, die mesej ak... (suka la tu)
Cik Zu: (Tak reply pon, cik zu da tdo..hahaha...sowii)
Cerita 2
Kawan: Zu, aku sedih.. Sedih sebb ak teringat...
Cik Zu: Erm.. ko jangan sedih k?ak tahu, ko teringat kat aku kan? meh jalan umah ak...
Kawan: Hahaha...ko ni... (tak jadi sedih)
Cerita 3
Cik Zu: Camne mu ngn saing (kawan) mu tu?
Kawan: Biar ah die...sekarang ni ak nak fokus pada kerjaya aku...
Cik Zu: Bagus
Kawan: Tak guna gak zu aku pikir pasal die...
Cik Zu: Hebat kawan aku ni!
Kawan: Well, kate ada ijazah..hahaha
Cik Zu: ooopss...aku lupa...hahahha
Jadi, dr 3 cerita ni, cik zu dapat rumuskan, 70% dari kawan2 cik zu, ni nangis+sedih sebb cinta... er...sedih yang sungguh sadis kan??? kawan2 sekalian, ape kate, pasni jangan sedih2 dah...fokus pada yang perlu...jangan nak sedih atas apa yang pasti... banyak lagi yang menunggu di hadapan... setiap yang diuji buat kita pasti mengikut kemampuan kita gak..So, pasni jangan bersedih dah... ok?
"Allah tidak akan membebani sesorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya" surah Al-Baqarah ayat 286
"janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yang beriman" surah Al-Imran ayat 139
Dalam pada cik zu cari artikel tentang la tahzan ni, doa ni cik zu temui...

Wassalam...
Friday, 12 July 2013
Syukur
12 July 2013~3 Ramadhan...
Assalamualaikum n hi...
Rasa terpanggil untuk buat satu blog yang konon2nya nak ilangkan stress sebagai seorang pensyarah... huhu... Sebelum jadi pensyarah, rasa cam bes gle kot jd pensyarah ni.. tp ble dah jadi, baru la tahu...stress nye... hehe... biasalah, manusia...cam tu la tak reti nak bersyukur kan? (^_^)... ish2... ayah ngn mak selalu pesan "kita kena sentiasa bersyukur...yana kena ingat tu" (yana tu cik zu la... panggilan kat umah yana...kikiki)
Firman Allah: "Barangsiapa yang mensyukuri nikmatKu, maka Aku akan menambahkan lagi nikmat Ku kepadanya"
kita sering fikir camni, kalau lah saya jadi itu@ini, dapat itu@ini, kita mesti lebih gembira seterusnya lebih bersyukur..tp kita pernah tak sedar "Boleh jadi kamu mencintai sesuatu padahal sesuatu itu amat buruk bagimu... dan boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal itu amat baik bagimu".. sebenarnya ayat ni meninggalkan satu kesan yang sangat mendalam dalam hati saya..huhuh... tak yah nak feelinggg sangat la cik zu yer...hehehe...
Setiap ape yang berlaku ada hikmahnya.. kita kene yakin tu... dan yang paling penting...kene sentiasa bersyukur... inshaAllah...
Tu je la kot entry kali ni, nak sambung tanda test paper student... illalliqa'

Thursday, 11 July 2013
Cinta Debit dan Kredit...
Assalamualaikum dan hi...
Memang tak sah kalo orang yang belajar sampai ke master akaun, tak cakap pasal debit dan kredit... boring gak kan asyik2 cte pasal debit asset, credit liability.. ape kate kte tgok plak ape akan terjadi kalo kita dr.cinta, cr.luka...
Sebelum kita tahu konsep debit atau kredit ni dgn lebih mendalam, tak salah rasanya kalo saya cerita skit pasal asset dan liabiliti.. "doh, ape kaitannya cik?" tu ayat biasa student saya... hahah... rindu lak kt diorang...semenye cute2.. well, tgok la lecturernya yang memang sah2 cute... haha... berbalik pada cite.. asset ni harta dan liabiliti ni tanggungan kita... cukup takat tu je...kang explain lebih2 pening laks...heheh.
Cinta ni kadang2 bleh jadi kita punya asset.. tp kadang2 leh jadi kita punya liabiliti... ye dok??? jawapannya, "MEMANG YE".. kalo tak caya, cbe korang tanya diri korang... kan???
Kisah sahabat saya...
Member: Zu, aku ad kenal ngn sorang mamat ni... die dak maritim...
Cik Zu: Owh, waaaa... besnyerrrr.....
Member : die baik n etc.... (semua sikap mahmudah la yer)
Cik zu : Tahniah... raya naty jangan lpe datang umah ak, bw dak tu sekali...
4 Bulan lepas tu....
Member: Zu, die tu curang...
Cik Zu: sabar.. ko tu ad degree...professional lg... persetankan die... (well, ayat kene berlagak skit...nak pujuk member sorg ni merangkap sahabat la)
(So, kalo kita tgok situasi ni, apa transaksi cinta die skg... jawapannya mestilah debit cinta dan kredit luka)
Sedih kan??? saya pernah tanya kat Mr.N (sape lak Mr.N ni?? Mr.N ni salah sorang kenalan cik zu la)... "N, kalo situasi camni, sape yang salah?" Mr.N pon jawab "Ermm...kalo camni, dua2 salah"...
Entahla, saya nak komen lebih pon saya tak tahu... tp apa yang penting, saya boleh katakan, itu bukan jodoh member saya.. InshaAllah ada jodoh lbh baik utk kamu...
Sebenarnya banyak lagi cerita cinta yang kita boleh katakan Dr.Cinta, Cr. Luka... memang payah sangat la nak cari Dr.Luka, Cr.Cinta atau erti kata lain, cinta makin hilang, luka makin hilang.yang ada hanyalah, cinta makin bertambah, dan luka makin bertambah... (opps lupa...luka kat sini bukan lah luka kena pisau tu...luka di hati yewww)...
Maka, kita sepatutnya melebihkan cinta pada ALLAH, Rasul dan ibu bapa kita... sebab.. cinta pada ALLAH, Rasul dan ibu bapa membawa ke syurga... inshaAllah...
Akhir kata, cinta utk dihargai...bukan utk disakiti... Namun, dalam cinta pasti ada luka...jd, Dr.Cinta, Cr.Luka... jika anda sudah bersedia utk tambahkan liability dalam hidup anda.. maka, SELAMAT BERCINTA.. kepada yang masih tak bersedia tu, apa kate, kita dekatkan diri dengan Allah dan kita taburkan cinta kita pada yang perlukan cinta dan kasih sayang kita tu.. tak perlu memberi pada yang tak pernah nak hargai.... (hai cik zu, macam sedih je ayatnya...huhu)

Subscribe to:
Posts (Atom)