Assalamulaikum n
hi...
Topik hari tengah hari ni yang cik zu nak tulis ni rasa-rasa
nya dekat dengan jiwa korang sekalian.. motif?? takde motif pon... mungkin
sebab cik zu rase di usia cik zu ni, kawan-kawan cik zu sedang dalam proses
melangkah ke alam perkahwinan..so, ada antara mereka yang tengah bercinta..
(cik zu?? ooo...cik zu takpe...cik zu selesa ngn name "cik zu"
ni...kalo jadi "puan zu" cam tak berapa nak bes la plak...hahah)...
Erm..pernah tak korang fikir, cinta itu fitrah..tapi kenapa
bila bercinta kena couple??? kan?? kan???...
Apa itu cinta?
'You'll never understand it until you feel it'...
Cik zu ada terbaca la tulisan tentang definisi cinta oleh
beberapa tokoh ilmuan kat satu forum ni...
Antaranya ialah:
Abdullah Nasih U'lwan
Pernah tak, mengalami situasi di mana korang tiba-tiba saja
berdebar-debar setiap kali ternampak seseorang tu. Seolah-olah, ada tarikan
magnet pada dia yang buat korang rasa nak sorok muka dalam beg setiap kali
terserempak. Contoh, setiap kali korang nak gi kulliyah, atau, dekat kolej,
setiap kali korang terserempak dengan sorang mamat yang taklah hensem sangat,
tapi sebab dia selalu jadi imam solat jemaah dekat surau ataupun die presiden
majlis perwakilan pelajar, korang akan berdebar-debar. Korang pon mula
tertanya-tanya, 'adakah ini cinta?' Haaa. Pernah tak?
~ni contoh ye kawan2...takde kene mengena ngn korangs
ataupon cik zu sendiri...tapi kalo terkena gak nak wat camne... :p
Bak kata Abdullah Nasih U'lwan ni, cinta itu bermaksud 'kecenderungan
kepada sesuatu'. Macam contoh di atas, tiba-tiba jek berdebar-debar bila jumpa
dengan certain orang. Dan tambahnya lagi, ia adalah fitrah yang ada pada semua
makhluk Allah. Jangan rasa tak normal bila kita tiba-tiba rasa macam tu.
hahaha... (maknanya korang ni normal...nama pon perempuan...kalo takde perasaan
camni, yang tu tak normal...hahah)
Fitrah ni ada pada semua. Tak kisahlah dia Hindustan ke,
Pakistan ke, Bangla ke(kalo ada orang bangla @macam bangla yang baca, jangan marah yerkkk
(^_^) ) atau Orang Utan sekalipun, dia pasti ada kecenderungan kepada berlainan
jantina ini.
Ibnu Qayyim
Ibnu Qayyim pernah mengumpulkan pendapat ramai orang tentang
apa itu cinta. Dan, dia telah menyimpulkan makna cinta itu kepada 60 istilah.
Haaa, sekarang korang nampak tak betapa susahnya nak gambarkan sesuatu yang
berbentuk perasaan dalam bentuk ayat. Bermacam-macam pendapat ada.
Lagi, daripada 60 istilah ni, Ibnu Qayyim kategorikan mereka
kepada 3 kategori.
Cinta itu ibarat SINGA
DAN PEDANG. Yakni, cinta ini menjadikan kita kuat. Dan, cinta ini diberi pada
yang selayaknya. Sudah tentu, cinta yang begini hanya dapat diberi kepada
pencipta cinta, Allah.
Cinta itu ibarat BENCANA
BESAR. Cinta yang begini memang banyakkkkkk sangat zaman sekarang ni. Cinta
yang disalurkan pada tempat yang salah. Contoh : gi dating kat Telok Cempedak
sampai kol 1 pagi (ha!! sape penah buat???) Kesannya, kaya syarikat surat
khabar dengan berita buang bayi etc..
Cinta itu ibarat ARAK
YANG MEMABUKKAN. Ni lah yang selalu kita dengar, makan tak kenyang, tidur
tak lena, mandi tak basah. Asyik terkenang si dia saja. Sampaikan, lautan luas
sanggup kurenangi demi untuk membuktikan cintaku padamu kekasihku.. pastu lautan
api sanggup ku redah.. (yeke dok??? kene api rokok pon menjerit~auch, ni nak
redah lautan api...ape daaa)
Ibnu Qayyim juga mengklasifikasikan cinta kepada 3 jenis.
Cinta kepada Allah.
Cinta Kerana Allah.
Cinta bersama Allah.
'Cinta boleh lenyap bersama lenyapnya sebab'
Kalau kita cinta dia sebab dia hensem, kalau tiba-tiba dia
eksiden dan jadik cacat, sudah pasti cinta kita padanya akan hilang.
Kalau kita cinta dia sebab dia kaya, kalau tiba-tiba dia
bankrupt dan jadik miskin, sudah pasti cinta kita padanya akan hilang (ish
ish...)
Begitulah manusia. Sebab tu, kita kena paham, kenapa kita
cinta seseorang tu? Adakah kerana kelebihan yang ada padanya, atau kerana Tuhan
yang menciptakannya? Seseorang akan menjadi 'hamba' kepada apa yang dicintainya.
Kalaulah kita cinta seseorang, kerana kelebihan yang ada padanya, yang tak
kekal, dan bukan kerana Tuhannya, agak-agak berbaloi ke kita jadi 'hamba'nya?
Sanggup mengetepikan pandangan Tuhan kita semata-mata kerana seorang hamba yang
hakikatnya juga bergantung pada Tuhan yang sama?
Abraham Maslow (kepada sesiapa yang pernah belajar
management@Organizational Behaviour paham sangat ngn teori abraham maslow ni...
Abraham Maslow Hierarchy of Needs)
Cinta itu satu keperluan. Semua orang perlukan cinta. Bukti
paling jelas, kita masih lagi bernafas di muka bumi ini walaupun dosa kita
terlampau banyak adalah kerana cinta Tuhan kita, Allah. Kalaulah Allah tu tak
cintakan kita, nescaya Allah akan benamkan kita dalam bumi setiap kali kita
melakukan dosa.
'Dan di antara tanda-tanda (kebesaran)Nya ialah kapal-kapal
(yang berlayar) di laut seperti gunung-gunung. Jika dia menghendaki, Dia akan
menghentikan angin, sehingga jadilah (kapal-kapal) itu terhenti di permukaan
laut. Sungguh, pada yang demikian itu terdapat tanda-tanda kekuasaan Allah bagi
orang yang selalu bersabar dan banyak bersyukur,atau (Dia akan) menghancurkan
kapal-kapal itu kerana perbuatan (dosa) mereka, dan Dia memaafkan banyak (dari
mereka),' [42:32-34]
Cinta itu fitrah, tapi perlu dikawal. Fitrah itu ada
peraturannya yang perlu kita patuhi supaya hidup kita tak haru biru. Allah yang
jadikan cinta itu fitrah dalam diri semua makhluknya, mestilah cinta itu
sesuatu yang baik. Tapi, kita perlu ikut peraturan! Sebab apa Allah tetapkan
peraturan? Sebab Allah itu sangat sayangkan kita.
Jodoh, tetap atau berubah?
Hakikatnya Allah sudah tahu siapa yang akan jadi pasangan
kita, sudah tertulis di Loh Mahfuz. Tapi, 'bagaimana' dia bergantung pada 'bagaimana'
kita.
Cinta High Class
Tips untuk mendirikan BaitulMuslim (BM), tunjukkan
kematangan!
Apa itu cinta high class?
Cinta yang mendaulatkan Allah
no. 1. (hormat walinya)
Cinta yang hanya kerana Allah
yang Esa.
Cinta yang diikuti dengan
mujahadah melawan nafsu.
Biasa VS High Class
Nikah sebab terlanjur VS nikah sebab agama?
Nikah sebab sayang si dia VS nikah sebab sayang pada
pencipta si dia?
Sheikh Yusof Al-Qardawi berkata, pernikahan yang baik adalah
pernikahan yang tiada halangan dari;
Kedua-dua pihak.
Keluarga.
Adat (yang tidak bertentangan
dengan syarak)
Undang-undang
Kesimpulan
Cinta bukan couple! Cinta itu fitrah, couple itu fitnah.
Mengapa perlu dikotorkan fitrah dengan fitnah...
'Jangan hitung berapa kali seseorang mengecewakan dan meninggalkan
kamu. Tapi hitunglah berapa kali kamu mengecewakan Allah sedang Dia tak pernah
sekalipun meninggalkan kamu.'
~Wassalam~
terima kasih cik zue.. atas ilmu yg dikongsi bersama nie.. (^_^) Sy suka baca!
ReplyDeleteorait!thanks kakak
Deletememang sangat menarik..byk ilmu diperoleh..saya jugak suka baca!
ReplyDeleteorait! thanks
Delete