Thursday 18 July 2013

Nikmat paling manis apabila Allah mentarbiyah kita dengan pelbagai ujian, namun tautan ukhuwah mampu berhadapan dengan sejuta kesulitan, yang memberi suntikan semangat perjuangan..alirkan halawatul ukhwah, kesungguhan dalam berjuang melalui tautan hati..
Demi Allah Yang Maha Esa, Sesungguhnya tidak disediakan jalan yang mudah untuk menuju cinta Mu..menitis air mata tatkala merindu…menitis air mata tatkala merasakan semakin menjauh…tetapi janji Allah tetap segar dan mekar tanpa pengkhianatan..kerana ku tetap yakini..Allah menyatakan “Wajiblah cintaKu kepada orang-orang yang berkasih sayang kepadaKu”
(Asy-Syahid Hassan al-Banna)
Tiada rasa ketuhanan jika tiada ujian…tiada rasa kehambaan jika tiada kepasrahan..tiada rasa pergantungan jika tiada kepayahan..
Tunjangkanlah resahmu di dada solat..himpunkanlah peritmu di genggaman doa..tutupi kekecewaanmu dengan ketakwaan…dan nilaikanlah kesucian hatimu dengan keikhlasan hati..
Jika Syurga menjadi idaman, jalannya seluas mata memandang..jika keampunan yang didamba, gerbangnya setia menanti…Usah gusar dugaan di hadapan..andai hati nekad mengejar cinta Ilahi..
Pandanglah langit dengan binaannya yang kukuh…bintang dengan kelip-kelipnya..matahari dengan sinarnya..tata suria dengan susunannya..bulan dengan cahayanya..angkasa dengan pelanginya..setiap ciptaan Allah mempunyai keindahan tersendiri..biarlah hari-hari berbuat sesuka hatinya..terimalah segala ketentuan yang muktamad dengan berlapang dada..semoga rasa kesyukuran menjadi penghias setiap hamba Nya..
Pesan pada diri..tabahkan hati kuatkan semangat..pesan pada hati kukuhkan iman, banyakkan zikrullah…pesan pada naluri, jangan mengeluh, jangan kecewa..teruskan perjuangan hingga ke akhirnya..
Di mana sahaja ‘dia’ berada…pasti Islam kan agung semula..bila sahaja ‘dia’ berbicara pasti syaitan akan membencinya…bagaimana sahaja ‘dia’ memimpin alam maya, tersenyumlah malaikat dengan bangga…untuk apa sahaja tujuan ‘dia’ melangkahkan kakinya…nurnya takkan pernah malap..gemilang sinaran menerangi insan di sekelilingnya..berkejalah untuk Islam…bersabarlah demi Islam…menangislah untuk Islam..bergembiralah atas kejayaan Islam..semoga kita adalah ‘dia’ yang menjadi kebanggaan agama..amin
Berjalanlah dengan penuh harapan walau hidup ini tak selalu bahagia, sedekahkanlah satu senyuman walau dihatimu tak lagi mampu bertahan, belajarlah memaafkan walau dirimu terluka, berhentilah memberi alasan walau ingin menyatakan kebenaran, hiduplah dalam Iman walau hari dipenuhi dugaan dan berpeganglah kepada Allah walau Dia tak kelihatan…Bukti kasihNya,kita wujud didunia pinjaman ini. Ada sebab bila berlaku sesuatu perkara dan yakinlah Tuhan menguji setiap hambaNya yang mengakui keimanan kepadaNya. Jangan terlalu banyak berkhayal untuk jadi yang terbaik kerana hidup tak semudah itu, perihal kehidupan sebagai cermin dalam menilai sebuah pengabdian yang hakiki lagi abadi…Moga lelahmu dihargai Ilahi walau dicemuh insani
Dalam kita melangkah… Terkadang diuji dengan ujian yang terasa berat, Hingga kita terduduk dan menangis, Peritnya terasa tetapi ketahuilah, Dan renungilah dalam diri kerana… Mungkin air mata tika itu hadir kerana… Dia mahu menjahit sejadah IMAN yang kian terkoyak Lantaran ada langkah-langkah yang tersasar, Semoga tabah dan tetapkan iman… Biarlah kita keseorangan, Tanpa berteman, Biarlah malam, Tanpa sinar rembulan, Biarlah tidur, Tanpa dihiasi mimpi indah, Tapi, Jangan biarkan hatimu sunyi, Tanpa sepotong ayat, Ayat suci AL-QURAN

Kalau tidak kerana pemuda yang tetap hatinya dan binatang yang melata, orang tua yang berlutut dan anak-anak yang menyusu, nescaya tidak diturunkan atas kamu hujan itu mencurah-curah. Kamu tidak akan ditolong kecuali disebabkan oleh orang lemah yang terdapat di kalangan kamu. (Hadis riwayat Bukhari)
Kesabaran adalah suatu keperluan dalam usaha menegakkan keimanan, melaksanakan amal soleh, memperjuangkan kebenaran dan keadilan. Semuanya bukanlah suatu perkara yang mudah. Oleh itu, ia sangat memerlukan kesabaran. Kesabaran dalam menghadapi hawa nafsu, musuh-musuh luar dan kesusahan lain. Begitu juga kesabaran amat perlu dalam menempuh jalan perjuangan yang amat panjang dan semestinya mengikuti tahap-tahap yang teratur untuk menuju matlamat…

Termaktub dalam sepucuk surat khalifah Umar kepada Abu Musa Al Asyaari: “Milikilah sifat sabar. Sifat sabar itu ada dua. Sabar yang pertama lebih afdhal dari sabar yang kedua iaitu sabar dalam meninggalkan larangan Allah SWT dan sabar dalam menghadapi musibah. Ketahuilah bahawa sabar itu sangkutan iman (orang yang bersabar akan mendapat iman) kerana kebajikan yang paling utama adalah taqwa dan taqwa hanya dapat dicapai dengan sabar.” (SAIDINA ABU BAKAR R.A)
Berkata Saidina Ali K.W. : “Kelemahan adalah penyakit, kesabaran adalah keberanian, zuhud adalah kekayaan, wara’ adalah perisai dan sebaik-baik teman ialah yang mempunyai sifat redha”
Sabda Rasulullah “Aku menjamin dgn sebuah istana yg terdapat di tepi syurga bagi orang yg meninggalkan perdebatan meskipun ia benar, aku menjamin dgn sebuah istana yg terdapat di tgh syurga bagi org yg meninggalkan dusta meskipun ia bergurau, dan aku menjamin dgn sebuah istana yg tertinggi bg org yg membaguskan akhlaknya” [HR Abu Dawud, disahihkan albani]

hati manusia adalah terlalu unik, berbolak-balik, liar dan maknawi sifatnya. tidak ada sebarang alat atau kaedah yang mampu menguasai hati. hati itu milik Tuhan bukan milik tuan. dan hanya Allah sahaja yang mampu mengusai hati manusia.. belajarlah ikhlas dalam setiap amalan yang dikerjakan kerana ia merupakan satu usaha untuk merawat penyakit hati..

Sunday 14 July 2013

Cinta bukan couple! Cinta itu fitrah, couple itu fitnah

Assalamulaikum  n hi...

Topik hari tengah hari ni yang cik zu nak tulis ni rasa-rasa nya dekat dengan jiwa korang sekalian.. motif?? takde motif pon... mungkin sebab cik zu rase di usia cik zu ni, kawan-kawan cik zu sedang dalam proses melangkah ke alam perkahwinan..so, ada antara mereka yang tengah bercinta.. (cik zu?? ooo...cik zu takpe...cik zu selesa ngn name "cik zu" ni...kalo jadi "puan zu" cam tak berapa nak bes la plak...hahah)...

Erm..pernah tak korang fikir, cinta itu fitrah..tapi kenapa bila bercinta kena couple??? kan?? kan???...


Apa itu cinta?

'You'll never understand it until you feel it'...

Cik zu ada terbaca la tulisan tentang definisi cinta oleh beberapa tokoh ilmuan kat satu forum ni...
Antaranya ialah:

Abdullah Nasih U'lwan

Pernah tak, mengalami situasi di mana korang tiba-tiba saja berdebar-debar setiap kali ternampak seseorang tu. Seolah-olah, ada tarikan magnet pada dia yang buat korang rasa nak sorok muka dalam beg setiap kali terserempak. Contoh, setiap kali korang nak gi kulliyah, atau, dekat kolej, setiap kali korang terserempak dengan sorang mamat yang taklah hensem sangat, tapi sebab dia selalu jadi imam solat jemaah dekat surau ataupun die presiden majlis perwakilan pelajar, korang akan berdebar-debar. Korang pon mula tertanya-tanya, 'adakah ini cinta?' Haaa. Pernah tak?

~ni contoh ye kawan2...takde kene mengena ngn korangs ataupon cik zu sendiri...tapi kalo terkena gak nak wat camne... :p

Bak kata Abdullah Nasih U'lwan ni, cinta itu bermaksud 'kecenderungan kepada sesuatu'. Macam contoh di atas, tiba-tiba jek berdebar-debar bila jumpa dengan certain orang. Dan tambahnya lagi, ia adalah fitrah yang ada pada semua makhluk Allah. Jangan rasa tak normal bila kita tiba-tiba rasa macam tu. hahaha... (maknanya korang ni normal...nama pon perempuan...kalo takde perasaan camni, yang tu tak normal...hahah)

Fitrah ni ada pada semua. Tak kisahlah dia Hindustan ke, Pakistan ke, Bangla ke(kalo ada orang bangla @macam bangla yang baca, jangan marah yerkkk (^_^) ) atau Orang Utan sekalipun, dia pasti ada kecenderungan kepada berlainan jantina ini.



Ibnu Qayyim

Ibnu Qayyim pernah mengumpulkan pendapat ramai orang tentang apa itu cinta. Dan, dia telah menyimpulkan makna cinta itu kepada 60 istilah. Haaa, sekarang korang nampak tak betapa susahnya nak gambarkan sesuatu yang berbentuk perasaan dalam bentuk ayat. Bermacam-macam pendapat ada.


Lagi, daripada 60 istilah ni, Ibnu Qayyim kategorikan mereka kepada 3 kategori.

Cinta itu ibarat SINGA DAN PEDANG. Yakni, cinta ini menjadikan kita kuat. Dan, cinta ini diberi pada yang selayaknya. Sudah tentu, cinta yang begini hanya dapat diberi kepada pencipta cinta, Allah.
Cinta itu ibarat BENCANA BESAR. Cinta yang begini memang banyakkkkkk sangat zaman sekarang ni. Cinta yang disalurkan pada tempat yang salah. Contoh : gi dating kat Telok Cempedak sampai kol 1 pagi (ha!! sape penah buat???) Kesannya, kaya syarikat surat khabar dengan berita buang bayi etc..
Cinta itu ibarat ARAK YANG MEMABUKKAN. Ni lah yang selalu kita dengar, makan tak kenyang, tidur tak lena, mandi tak basah. Asyik terkenang si dia saja. Sampaikan, lautan luas sanggup kurenangi demi untuk membuktikan cintaku padamu kekasihku.. pastu lautan api sanggup ku redah.. (yeke dok??? kene api rokok pon menjerit~auch, ni nak redah lautan api...ape daaa)

Ibnu Qayyim juga mengklasifikasikan cinta kepada 3 jenis.
Cinta kepada Allah.
Cinta Kerana Allah.
Cinta bersama Allah.
'Cinta boleh lenyap bersama lenyapnya sebab'

Kalau kita cinta dia sebab dia hensem, kalau tiba-tiba dia eksiden dan jadik cacat, sudah pasti cinta kita padanya akan hilang.

Kalau kita cinta dia sebab dia kaya, kalau tiba-tiba dia bankrupt dan jadik miskin, sudah pasti cinta kita padanya akan hilang (ish ish...)

Begitulah manusia. Sebab tu, kita kena paham, kenapa kita cinta seseorang tu? Adakah kerana kelebihan yang ada padanya, atau kerana Tuhan yang menciptakannya? Seseorang akan menjadi 'hamba' kepada apa yang dicintainya. Kalaulah kita cinta seseorang, kerana kelebihan yang ada padanya, yang tak kekal, dan bukan kerana Tuhannya, agak-agak berbaloi ke kita jadi 'hamba'nya? Sanggup mengetepikan pandangan Tuhan kita semata-mata kerana seorang hamba yang hakikatnya juga bergantung pada Tuhan yang sama?


Abraham Maslow (kepada sesiapa yang pernah belajar management@Organizational Behaviour paham sangat ngn teori abraham maslow ni... Abraham Maslow Hierarchy of Needs)

Cinta itu satu keperluan. Semua orang perlukan cinta. Bukti paling jelas, kita masih lagi bernafas di muka bumi ini walaupun dosa kita terlampau banyak adalah kerana cinta Tuhan kita, Allah. Kalaulah Allah tu tak cintakan kita, nescaya Allah akan benamkan kita dalam bumi setiap kali kita melakukan dosa.

'Dan di antara tanda-tanda (kebesaran)Nya ialah kapal-kapal (yang berlayar) di laut seperti gunung-gunung. Jika dia menghendaki, Dia akan menghentikan angin, sehingga jadilah (kapal-kapal) itu terhenti di permukaan laut. Sungguh, pada yang demikian itu terdapat tanda-tanda kekuasaan Allah bagi orang yang selalu bersabar dan banyak bersyukur,atau (Dia akan) menghancurkan kapal-kapal itu kerana perbuatan (dosa) mereka, dan Dia memaafkan banyak (dari mereka),' [42:32-34]

Cinta itu fitrah, tapi perlu dikawal. Fitrah itu ada peraturannya yang perlu kita patuhi supaya hidup kita tak haru biru. Allah yang jadikan cinta itu fitrah dalam diri semua makhluknya, mestilah cinta itu sesuatu yang baik. Tapi, kita perlu ikut peraturan! Sebab apa Allah tetapkan peraturan? Sebab Allah itu sangat sayangkan kita. 



Jodoh, tetap atau berubah?

Hakikatnya Allah sudah tahu siapa yang akan jadi pasangan kita, sudah tertulis di Loh Mahfuz. Tapi, 'bagaimana' dia bergantung pada 'bagaimana' kita.

Cinta High Class
Tips untuk mendirikan BaitulMuslim (BM), tunjukkan kematangan!


Apa itu cinta high class?


Cinta yang mendaulatkan Allah no. 1. (hormat walinya)
Cinta yang hanya kerana Allah yang Esa.
Cinta yang diikuti dengan mujahadah melawan nafsu.
Biasa VS High Class

Nikah sebab terlanjur VS nikah sebab agama?
Nikah sebab sayang si dia VS nikah sebab sayang pada pencipta si dia?

Sheikh Yusof Al-Qardawi berkata, pernikahan yang baik adalah pernikahan yang tiada halangan dari;

Kedua-dua pihak.
Keluarga.
Adat (yang tidak bertentangan dengan syarak)
Undang-undang

Kesimpulan
Cinta bukan couple! Cinta itu fitrah, couple itu fitnah. Mengapa perlu dikotorkan fitrah dengan fitnah...

'Jangan hitung berapa kali seseorang mengecewakan dan meninggalkan kamu. Tapi hitunglah berapa kali kamu mengecewakan Allah sedang Dia tak pernah sekalipun meninggalkan kamu.'


                                                        ~Wassalam~

Ikan kerisi berlada



Assalamualaikum n hi..

Cik zu baru lepas siap masak ikan kerisi berlada... hahha... macam tak caya je cik zu masak hr ni... ada peningkatan... (^_^)v... seronoks rase.. tp sedap ke tak sedap tu, kita tunggu berbuka karang la.. ni menu sampingan je la..haha.. kalo nak harapkan menu yang cik zu masak je, alamatnya berbuka karang lapor la seme orang...sebab?? sebab biasanya cik zu masak tak sedap... jadi, mak cik zu dah siapkan menu utamanya...jangan bimbang ye..

menu untuk masak ikan berlada ni cik zu ambik dr kak sofi (kakak seofis cik zu la..btw, thanks kak sofi for giving me dis recipe ) nampak cam sedap... dan cik zu yakin ianya sedap... kikiki.... naty dah abes bulan pose, cik zu bawa g ofis yerrr..

bahan2 yang diperlukan

Bahan A
ikan (tak kisah la korang nak ikan ape pon...ikot citarasa)
garam
kunyit

Bahan B
cili padi (tak kisah la bape puloh biji korang nak guna)
bawang besor (setengah labu)
bawang putih (2 biji)
{bahan2 ni korang blend)

Bahan C
garam
perasa
gula
asam keping (2 keping)

Bahan D
Bawang besar yang dihiris2

Cara memasak...
1-goreng cam biasa ikan tu
2-blend seme bahan2 B
3-Tumis bahan2 blend tu sekali ngn bahan C..
4-Curahkan hasil tumisan tu ke atas ikan
5-Tabur bawang besar ke atasnya..takpon masa tumisan kat stage 3 tu da nak masak, masukkan je hirisan bawang tu ke dalam kuali..
6- Hidang...

Sekian... kalo rase nak mencuba tu, cuba je la...dan selamat mencuba....


Saturday 13 July 2013

La Tahzan

Assalamualaikum n hi...

"La Tahzan"...

Ayat ni, student cik zu yang bg kat cik zu awal tahun lepas...sebab ape erk die cakap camtu...cik zu pon da lupa... hahaha...

La tahzan ni maksudnya jangan bersedih... korang penah bersedih??? kalo masa sekolah dulu sedih kalo tak dapat the highest mark, tak dapat no 1, tak dapat full A in exam n etc la...ble masuk universiti plak, sedih ni jadi banyak cabang plak kan.. bukan je sedih pasal tak dpat pointer bagus, tp sedih sebb cinta...Adei, sedih bab lain takpe...cik zu tak angin sangat...tp kalo sedih bab cinta ni, shusah mau cerita la... tak yah nak sedih sangat la kot sebb cinta tu...cinta tu untuk dinikmati dan dihargai...bukan untuk ditangisi..cewah!



Bile da abes blaja, sedih plak sebb tak dpat keje..adei, banyak kali sedih ni...pastu, kalo dapat pon, keje tak setaraf ngn ijazah...sedih lagi...pastu, sedih bercinta buat kali keduanya... banyak nye sedih.. rase2 kalo sedih camni, berat badan leh turun ke??? hahaha... cik zu ni tak kisah ngat kalo korang nak sedih2.. sebb cik zu pon penah gak sedih.. ingat cik zu ni robot ke tak penah sedih2..hahaha...tp, pliz, jangan sedih sebb cinta..
Tak berbaloi kot.. adder org tu kisah kau dok bersedih2 an camni??? tak kan.... hidup ni sekali je korang... cthnya, kalo korang dok bersedih pasal cinta tak de pekdah korang tu hr ni, for da whole day (14 July 2013)...rasa2 korang leh lagi tak jumpa tarikh ni??? tak da kan...

Banyak cerita yang cik zu dengar dari kawan2 cik zu (aiii, asyik cerita kawan cik zu je, cerita cik zu takde ke??? hahaha...ayat biasa student2 cik zu yang memang cute2... ayat2 depa pon cute2 gak.)...kawan2 cik zu ske cerita kat cik zu...n cik zu sebagai kawan akan bg nasihat..macam la cik zu ni berpengalaman sangat kan... takde pengalaman pon..pikir cara logik sudey+nasihat yang mak selalu bg...jd, boleh la share ngn kawan ape yang cik zu tahu tu..

Cerita 1

Kawan: Zu, aku sedih la...die tak mesej aku pon hari ni
Cik Zu: Tak yah sedih sangat la.. kalo die tak mesej ko, ade 2 maksud...1:die sibuk...2:die sibuk mesej org lain... tp, bak kate kawan aku kat uia tu, ko kene husnudzon (bersangka baik)..
Kawan: ermmm....die tak rindu aku dah ke??? (sedih lah tu)
Cik Zu: Erm, camni la...ko berdoa je la kalo ko rindu die...

selang sejam pastu, kawan ni mesej cik zu semula

Kawan: Zu, die mesej ak... (suka la tu)
Cik Zu: (Tak reply pon, cik zu da tdo..hahaha...sowii)



Cerita 2

Kawan: Zu, aku sedih.. Sedih sebb ak teringat...
Cik Zu: Erm.. ko jangan sedih k?ak tahu, ko teringat kat aku kan? meh jalan umah ak...
Kawan: Hahaha...ko ni... (tak jadi sedih)

Cerita 3

Cik Zu: Camne mu ngn saing (kawan) mu tu?
Kawan: Biar ah die...sekarang ni ak nak fokus pada kerjaya aku...
Cik Zu: Bagus
Kawan: Tak guna gak zu aku pikir pasal die...
Cik Zu: Hebat kawan aku ni!
Kawan: Well, kate ada ijazah..hahaha
Cik Zu: ooopss...aku lupa...hahahha

Jadi, dr 3 cerita ni, cik zu dapat rumuskan, 70% dari kawan2 cik zu, ni nangis+sedih sebb cinta... er...sedih yang sungguh sadis kan??? kawan2 sekalian, ape kate, pasni jangan sedih2 dah...fokus pada yang perlu...jangan nak sedih atas apa yang pasti... banyak lagi yang menunggu di hadapan... setiap yang diuji buat kita pasti mengikut kemampuan kita gak..So, pasni jangan bersedih dah... ok?

"Allah tidak akan membebani sesorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya" surah Al-Baqarah ayat 286

"janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yang beriman" surah Al-Imran ayat 139

Dalam pada cik zu cari artikel tentang la tahzan ni, doa ni cik zu temui...




Wassalam...

Friday 12 July 2013

Syukur

12 July 2013~3 Ramadhan...

Assalamualaikum n hi...

Rasa terpanggil untuk buat satu blog yang konon2nya nak ilangkan stress sebagai seorang pensyarah... huhu... Sebelum jadi pensyarah, rasa cam bes gle kot jd pensyarah ni.. tp ble dah jadi, baru la tahu...stress nye... hehe... biasalah, manusia...cam tu la tak reti nak bersyukur kan? (^_^)... ish2... ayah ngn mak selalu pesan "kita kena sentiasa bersyukur...yana kena ingat tu" (yana tu cik zu la... panggilan kat umah yana...kikiki)

Firman Allah: "Barangsiapa yang mensyukuri nikmatKu, maka Aku akan menambahkan lagi nikmat Ku kepadanya"

kita sering fikir camni, kalau lah saya jadi itu@ini, dapat itu@ini, kita mesti lebih gembira seterusnya lebih bersyukur..tp kita pernah tak sedar "Boleh jadi kamu mencintai sesuatu padahal sesuatu itu amat buruk bagimu... dan boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal itu amat baik bagimu".. sebenarnya ayat ni meninggalkan satu kesan yang sangat mendalam dalam hati saya..huhuh... tak yah nak feelinggg sangat la cik zu yer...hehehe...

Setiap ape yang berlaku ada hikmahnya.. kita kene yakin tu... dan yang paling penting...kene sentiasa bersyukur... inshaAllah...

Tu je la kot entry kali ni, nak sambung tanda test paper student...  illalliqa'

Thursday 11 July 2013

Cinta Debit dan Kredit...

Assalamualaikum dan hi...

Memang tak sah kalo orang yang belajar sampai ke master akaun, tak cakap pasal debit dan kredit... boring gak kan asyik2 cte pasal debit asset, credit liability.. ape kate kte tgok plak ape akan terjadi kalo kita dr.cinta, cr.luka...

Sebelum kita tahu konsep debit atau kredit ni dgn lebih mendalam, tak salah rasanya kalo saya cerita skit pasal asset dan liabiliti.. "doh, ape kaitannya cik?" tu ayat biasa student saya... hahah... rindu lak kt diorang...semenye cute2.. well, tgok la lecturernya yang memang sah2 cute... haha... berbalik pada cite.. asset ni harta dan liabiliti ni tanggungan kita... cukup takat tu je...kang explain lebih2 pening laks...heheh.

Cinta ni kadang2 bleh jadi kita punya asset.. tp kadang2 leh jadi kita punya liabiliti... ye dok??? jawapannya, "MEMANG YE".. kalo tak caya, cbe korang tanya diri korang... kan???

Kisah sahabat saya...

Member: Zu, aku ad kenal ngn sorang mamat ni... die dak maritim...
Cik Zu:  Owh, waaaa... besnyerrrr.....
Member : die baik n etc.... (semua sikap mahmudah la yer)
Cik zu : Tahniah... raya naty jangan lpe datang umah ak, bw dak tu sekali...

4 Bulan lepas tu....

Member: Zu, die tu curang...
Cik Zu: sabar.. ko tu ad degree...professional lg... persetankan die... (well, ayat kene berlagak skit...nak pujuk member sorg ni merangkap sahabat la)

(So, kalo kita tgok situasi ni, apa transaksi cinta die skg... jawapannya mestilah debit cinta dan kredit luka)

Sedih kan??? saya pernah tanya kat Mr.N (sape lak Mr.N ni?? Mr.N ni salah sorang kenalan cik zu la)... "N, kalo situasi camni, sape yang salah?" Mr.N pon jawab "Ermm...kalo camni, dua2 salah"...
Entahla, saya nak komen lebih pon saya tak tahu... tp apa yang penting, saya boleh katakan, itu bukan jodoh  member saya.. InshaAllah ada jodoh lbh baik utk kamu...

Sebenarnya banyak lagi cerita cinta yang kita boleh katakan  Dr.Cinta, Cr. Luka... memang payah sangat la nak cari Dr.Luka, Cr.Cinta atau erti kata lain, cinta makin hilang, luka makin hilang.yang ada hanyalah, cinta makin bertambah, dan luka makin bertambah... (opps lupa...luka kat sini bukan lah luka kena pisau tu...luka di hati yewww)...

Maka, kita sepatutnya melebihkan cinta pada ALLAH, Rasul dan ibu bapa kita... sebab.. cinta pada ALLAH, Rasul dan ibu bapa membawa ke syurga... inshaAllah...

Akhir kata, cinta utk dihargai...bukan utk disakiti... Namun, dalam cinta pasti ada luka...jd, Dr.Cinta, Cr.Luka... jika anda sudah bersedia utk tambahkan liability dalam hidup anda.. maka, SELAMAT BERCINTA.. kepada yang masih tak bersedia tu, apa kate, kita dekatkan diri dengan Allah dan kita taburkan cinta kita pada yang perlukan cinta dan kasih sayang kita tu.. tak perlu memberi pada yang tak pernah nak hargai.... (hai cik zu, macam sedih je ayatnya...huhu)
Singing Heart