Monday 22 August 2016

KERTAS PKH 2016 : PEPERIKSAAN KEHIDUPAN 2016

                                                                   

Dah lama cik zu tak update blog ni.. walopon ada kawan2 yang mintak cik zu teruskan 
penulisan di blog, cik zu tak dapat tunaikan...kesibukan melanda diri ini.. Alhamdulillah, hari ni diberikan sedikit kelapangan dan berjaya mencuri sedikit masa untuk update blog ni khas buat sahabat cik zu..

"Zu, 130%!.." ayat ni tak akan cik zu lupakan,,kerana ayat ini lah, persahabatan kami bermula.. 

Kebelakangan ini, kertas peperiksaan yang sukar kerap menyapa sahabat cik zu ini.. tapi cik 
zu yakin bahawa sahabat cik zu ni akan lulus dengan cemerlangnya...Aamin..

Sebenarnya, setiap orang pasti menempuhi peperiksaan dalam kehidupan mereka..Beza nya, "paper" yang diduki oleh mereka.. ada "paper" senang.. ada juga "paper" susah..  
Seperti kita menduduki peperiksaan di universiti, kita hendaklah menghadapinya dengan rasa penuh bersemangat, gigih, optimis, istiqamah dan juga sabar.. baru lah dapat Anugerah Dekan..ye dak??  
Yang perlu kita ketahui adalah, sesukar mana pun peperiksaan tersebut dan keadaan yang kita alami, cuba lihat pada nasib saudara kita disebelah sana, yang mana menghadapi peperiksaan yang lebih sukar dari kita...Tetapi, sesulit apapun situasi yang kita alami saat ini,daya juang kita tidak boleh padam.
Jika mereka saja boleh, mengapa kita tidak. Jadi tidak ada alasan tak boleh bagi kita sebelum kita mengusahakan yang  terbaik.
Be positive.
“Janganlah kamu bersikap lemah dan jangan pula kamu bersedih hati. Padahal kamulah orang yang paling tinggi derajatnya, jika kamu orang yang beriman.”                                                                                  (QS. Ali-Imran: 139).

Waktu UPSR dulu, soalan nya tak sesusah PMR..waktu SPM, soalannya tak sesenang PMR..   Waktu Diploma/ Matrikulasi, soalannya tak sesusah Ijazah., Dan semestinya soalan pada peringkat Master tidak sesenang ijazah.. Dan untuk PHD, pastinya segala2 nya mencabar..

Dan begitu lah Peperiksaan Kehidupan ini.. Semua ini adalah untuk meningkatkan darjat diri kita.. 

Berdoa sudah seharusnya dilakukan setiap muslim, walau apa pun situasinya, di mana pun dan bila-bila pun. Teruskan berdoa.. 

~Be positive and keep smiling~

             Image result for motivasi hadapi masalah








Wednesday 16 April 2014

C.I.N.T.A itu...

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Entri hari ni nak kate spesel sangat tu tak lah.. cuma lebih kepada perkongsian..mungkin ada antara kita pada waktu ini sedang memikirkan pelbagai soalan.. soalan tentang pelajaran, kerjaya, dan mungkin juga berkaitan dengan cinta..

Apa kata, hari ni kita bicara tentang cinta.. adakah cinta itu benar2 suci atau cinta itu sekadar perhiasan yang hanya menjadi satu bahan permainan...

Sebenarnya, cinta seorang lelaki kepada wanita dan cinta wanita kepada lelaki adalah perasaan yang menjadi satu fitrah yang telah diciptakan oleh Allah SWT di dalam setiap jiwa manusia..

" Dan diantara tanda-tanda kekuasaan-Nya adalah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya diantara kamu rasa kasih sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir." (Ar Rum ayat 21)

Jika kita melihat istilah cinta itu sendiri...Kita akan dapati bahawa cinta pada dasarnya sesuatu lumrah yang amat suci kehadirannya.. Cinta mengandungi segala makna dan maksud tentang kasih dan sayang, keharmonian, penghargaan dan juga kerinduan disamping mempunyai persiapan untuk menempuh kehidupan tatkala suka dan duka,serta ketika susah dan senang..



Islam adalah agama fitrah kerana itulah Islam tidak membelenggu perasaan manusia.. Seperti yang kita ketahui, Islam tidak mengingkari perasaan cinta yang tumbuh dalam diri seseorang manusia.. Akan tetapi, Islam mengajarkan kepada manusia bagaimana untuk menjaga perasaan cinta itu dilindungi dari segala kehinaan, maksiat dan apa sahaja yang boleh mengotori kesucian cinta tersebut..

Akhir kata daripada cik zu,  cinta yang suci akan membawa kita kepada redha Illahi.. kerana cinta yang suci tidak ternilai harganya.. dan apabila anda telah menemui cinta suci tersebut, anda adalah seseorang yang telah terpilih untuknya..maka, hargailah kehadirannya..beristikarahlah dan bermusyawarahlah untuk itu kerana tidak rugi bagi orang yang beristikharah dan tidak pula menyesal bagi orang yang selalu bermusyawarah...Namun, jangan biarkan cinta sesama manusia itu melebihi cinta kita kepada Allah SWT..

Bersama-sama kita mencari dan menghargai cinta suci itu.. jika kita sudah ketemu, hargailah cinta suci tersebut.. yakin dan berbahagialah.. Jangan sesekali mempermainkan cinta suci tersebut..kerana cinta suci itu harganya tinggi.. ianya cantik seperti pelangi.. ianya tenang setenang awan dipagi hari...bimbang ia tidak akan menyinggah lagi...

Ok lah..rasanya cukuplah setakat ni dulu..neway thanks sebb sudi baca entry cik zu kali ni..semoga kita menemukan cinta suci itu..inshaAllah.. Hanya Allah yang lebih mengetahui..

Thursday 16 January 2014

mari belajar dialek kelantan

Assalamualaikum dan selamat pagi...

Hari ni cik zu rasa nak buat entry yang cik zu rasa sesuai untuk orang2 yang sedang berjinak2 nak belajar dialek kelantan.. cik zu buat entry ni sebab cik zu nak tolong orang2 yang ada niat yang ikhlas nak belajar bahasa ibunda cik zu neh..hehe.. jadi, mari kita belajar beberapa perkataan hari ni..

1-ikan ayo/e- ikan tongkol (ha, jangan la pulak ingat ikan aye ni orang kaye je leh makan)
2-tok cekak-letih
3-jenung-moody
4-rukah-panjat
5-mokte-rambutan
6-tubik-keluar
7-ghoyak-bagitahu
8-bulleh-boleh
9-hok nih-ini
10-hok tuh-itu
11-ambo, kawe, sayo,oghe- saya
12-demo,awok- kamu
13-pitih-duit
14.-roba-pemadam
15-Kali Arung - Sekaligus
16-Air Geh - Air Berkabonat
17-Jauh Sapok - Teramatlah Jauhnya
18-Panah Terik - Panas Yang Teramat Sangat
19-Comel Lote - Comel Yang Amat
20-Sejuk Ketta - Sejuk Yg Sangat?
21-Ite Lettung - Tersangatlah Hitamnya (kalo itam manis??? buang lettung, ganti ngn manih ye)
22-Punoh Jahne - Rosak
23-Gura Bewok - Gurauan Yang Menyebabkn Pergaduhan
24-Kona Lepe - Corner Lipat
25-Kelecak - Terpelanting
26-Nakuk Paik - Penakut Yang Amat Tinggi
27-Masing Pekkok - Teramat Masin
28-Nipih Nayyang - Sangat Nipis
29-Maknga - Cuai
30-Babei - Degil (Tak Tau Nak Eja Camne)
31-Jabir / Supek - Plastic Bag
32-Koghok - Tengkorak
33-Kehek - Muntahkan Semula
34-Puahsang/e - Boring
35-Meppeh - Tak Larat
36-Kepeh Blepeng - Sangat Kempis
37-keghah kekong = keras yg teramat
38-koho/selo = perlahan/slow
39-blana kokna = banyak yang amat
40-samah = 50 sen
41-duo amah = singgit
42-kekoh = gigit
43-toksoh = jangan / tak usah
44-bakpo = kenapa
45-guano / belah mano = macam mana
46-gapo / gapo dio = apa / apa dia
47-ghoyak = bgtau
48-blago = berlanggar
49-ccongek = tejungkit
50-woh tteghe = buah gajus
51-nnetting = melantun
52-deghah = deras / laju
53-manih letting = manis yg amat
54-pok-e-dèng = pepatung
55- bekwoh-kenduri

kata penguat

Kata penguatMaksud
Manis lletingSangat manis
Masing ppeghakSangat masin
Pahit llepeSangat pahit
Mase ppughikSangat masam
Tawa eberSangat tawar
putih ssueh/ssemboSangat putih
Hite llegeSangat hitam
Biru kketuSangat biru
Kuning nneheSangat kuning
Kenye bbonyahSangat kenyang
Come lloteSangat cantik
Gemuk ddebokSangat gemuk
Busuk bbangaSangat busuk
Hapok kohongSangat hapak
Nnakut apahPenakut sangat
Ceghoh jeghiloh/bboleSangat terang/cerah
Jatuh celabokJatuh sangat teruk
Kuca hanyaSangat bercelaru

Contoh ayat

1.Kalu tok pehe, marghi ambo wi pehe---------Kalau tak paham, mari saya bagi paham.
2.Ambo ni kalu demo nok tahu, blum make lagi nih--------Saya ni kalau kamu hendak tahu, belum makan lagi ni.
3.Lapa wei lok perut ni, make pun dop lagi nih-------Lapar betul perut ini, makan pun belum lagi.
4.Koya la dio tu, ingat baguh sangat kho?----------Berlagak betul dia tu, ingat bagus sangat kah? (-----> ayat ni sesuai untuk kawan cik zu yang tengah bersugguh2 blaja loghat kelate tuh)
5.Ambo toksey isap rokok, bahayo-----------Saya tidak mahu menghisap rokok, bahaya.
6.Din tokser tuka moto dio nga moto Ali.--------Din tidak mahu menukarkan motor dia dengan motor Ali.
7.Mok Alif tok bghehi anok-anok dio main koksey-koksey pete-pete.-----------Mak Alif tidak suka anak-anak dia bermain di merata-rata tempat pada waktu petang.
8.Abih kube rue tamu rumoh sebab kambing masuk rumoh.-----------Ruang tamu rumah bersepah kerana dimasuki kambing.
9.Imi tekke tokleh jawab prekso takdi----------Helmi tertekan kerana tidak dapat menjawab peperiksaan sebentar tadi.
10.Sokmo Pok Mat kaloh kalu main gasing nga anok dio.------------Pak Mat selalu kalah apabila bermain gasing dengan anaknya.
11. Ayoh Zin bui adioh ari lahir kho anok dio---------- Ayah Zin memberikan hadiah hari lahir kepada anaknya.
12. Agah la dio tu,meta ko tubik u pah jadi ejinia..dok tanyo kaba doh kawe ni sehak ko dop...------Sombong la dia tu, mentang-mentang la dah keluar universiti dan dah jadi seorang jurutera.. Tak tanya dah kabar saya sama ada sihat atau tidak..
13. Male ni make nasik lemok aye------- Malam ni makan nasi lemak ayam (p/s: malam2 tak sesuai taw makan nasi lemak ayam..nasik lemak ayam tu orang makan buat bekfast je ^_^ )
14. Sibuk bena nah demo loni------ Sibuk sangat awak sekarang ni
15. Comey/semak sunggoh nah dio loni, oghe putih kato gak "smoking hot"-----------Cantik/kacak sangat dia sekarang...kalau dalam bahasa inggeris "smoking hot"
16. Gi rumoh saing meta------ Pergi rumah kawan sekejap
17. Sedak ngoti la makane ketteng tu------ Sedap sungguh makanan kat kantin itu..
18. Saing ambo ni berehi minung air teh o ais lima-------- Kawan saya ni suka minum air teh o ais limau


Cik  zu rasa setakat ni je la dulu yang dapat cik zu kongsikan bersama.. Dan cik zu harapkan agar sedikit perkongsian yang tak seberapa ni bermanfaat untuk korangs ye.. Especially kepada kawan cik zu yang tgh semangat belajar loghat kelantan tuh..semoga success gang! 

~Have a nice reading =)













Wednesday 20 November 2013

perginya cinta bersama bahagia

Assalamualikum dan salam sejahtera..

Dah lame cik zu tak update blog ni... sibuk sikit.. banyak kerja.. (aiiii... kalo kerja kat institusi pendidikan pon sibuk gini, apetah lagi kalo kerja kat tempat2 lain..cthnya kat audit firm ker, network company ke, hospital ker, kat kilanng kerr.n etc la..mesti lagiii sibuk)...

Hari ni cik zu rasa nak buat entri pasal "perginya cinta bersama bahagia"...Entri kali ni atas request dari seorang kawan cik zu.. ( macam glemer je blog cik zu ni, siap ada request bagai..hikhik)


ok..mula2 sekali, kita kena tahu pasal cinta tu ape.. so, macam2 la definisi cinta..so, tak kisah la ape2 pon, yang penting definisi cinta tu tak rigid pon.. its up to u..cewah! bagi cik zu, cinta tu senang je.. camni "to love is nothing, to be loved is something and to love and be loved is everything"..senang kan? tp cinta boleh pergi bersama bahagia.. kalo ikotkan Maslow Hierarchy of Needs pon ada la gak cerita pasal belongingness and love needs ni.. so, cinta tu perkara2 yang diperlukan dalam hidup sebagai makhluk di muka bumi Allah ni..


Cerita nya senang je.. apa2 pon, kita berbalik kepada basic la.. since agama Islam ni agama yang Syumul(menyeluruh), so kalo kita berpegang pada nya, inshaAllah hidup kita selamat dunia dan akhirat.. Ada beberapa perkara yang Islam gariskan dalam pencarian jodoh dan cinta ni..

1-Yang berharta (sekufu)
2- Keturunan yang baik
3-Rupa paras
4- Beragama
(Lalu pilih lah yang beragama, nescaya kamu bahagia)...

Jadi, untuk kawan cik zu tuh dan uolls yanng lain, soal 2 darjat tu yang sering digembar gemburkan tak timbul pon.. cuma cari lah yang sekufu.. bimbang jika tidak sekufu boleh mmbawa kepada perginya cinta bersama bahagia tu..cik zu berbicara berdasarkan pemerhatian, pembacaan dan juga perkongsian pengalaman hidup bersama2 rakan2...(p/s: cik zu tak kawen lagi ye...name pon cik zu..hikhik) ...

Cinta tu saling melengkapi.. benar.. tp, kekurangan yang sepatutnya dilengkapi itu kadang2 boleh menjadi duri dalam sesebuah perkahwinan.. cewah! duri tu tak la plak cik zu tahu jenis nya ape, duri pohon semalu ke, durian ke.. hehehe.. tp itu adalah realiti.. tp, jika kita bersedia menerima kekurangan disebabkan ketidak"sekufu" an itu dan berupaya mengubahnya menjadi madu, jadi tidaklah salah untuk kita menerima yang tidak sekufu itu..tp jangan sampai tengah jalan, kita menyesal dengan pilihan kita itu..akhirnya berlaku penceraian.. kan sedih tu.. sesungguhnya kita lebih arif dan pakar tentang hati dan perasaan diri kita.. tepuk dada, tnya selera... ----> boleh guna ke peribahasa tu??macam boleh je, macam ok je...

Lepas tu, pilih la keturunan yang baik2.. ye lah, penting untuk pilih keturunan ni..ketrunan yanng baik akan menjamin keturunan2 selepasnya untuk terus2 an mnjadi baik...inshaAllah..

Rupa paras? Erm.. rupa paras ni asalkan yang berkenan di hati ok la.. cik zu pon tak reti sangat nak komen hal ini.. rupa paras tu tengok la jugak kan..kalo muka hensem@lawa, tapi tak baik tak nak la jugak..errrrr...seram gak la.tiap2 hari kena pukul.. bahagia ke gitu,..sudahnya, cinta dan bahagia pon pergi meninggalkan kita...sedih kan (T_T)...tp kalo muka tak ensem@tak lawa, tapi baaaaaaaaiiiikkkkkk, cik zu rasa ok jerr.. ingat camni jer.. ciptaan Allah iu semuanya indah2 belaka...                                                                                                           
------> tengok fiona ngn shrek, sweet couple giteewwww                  



Beragama.. haaa, yang ni memang kene pastikan la.. memang kena yang beragama.. kita kena la tengok bagaimana hubungan nye dengan Allah S.W.T.. kalo solat pon idok, jadik, gi mana dong??? beragama ke tu?? bukan ker solat itu tiang agama???

Konklusinya, kena ambik semua kriteria ni..tapi paling penting, cari lah yang beragama... mudah di dunia dan senang di akhirat :) .. tapi kriteria lain pon kena la jugak diambil kira agar tidak cinta itu pergi bersama bahagia.. tapi kan, kalau dah jodoh nak buat camner.. cik zu pon tak berapa nak arif la kalo ada yang persoalkan "abes tu???kalo dah jodoh???".. errr.. susah gak tuh.. kalo dah jodoh terima je la.. ada lah tuh hikmah untuk sesuatu kejadian tu..

Untuk korang2 yang ada pendapat ker, cerita ker, cik zu alu2 kan la untuk korang share kat ruangan komen kat bawah neh... sharing is caring... sweeeeettttttt

Jadi, akhir kata penutup bicara,

Hari-hari makan tauhu,
Tauhu dimakan bersama ikan aya,
Jadi, since korang semua dah tahu,
Cik zu nak ucapkan semoga berjaya!            
       





#have a nice reading




Sunday 22 September 2013

Pemilik hati ku

Assalamualaikum...

hari ni cik zu rasa nak update blog je... tak de mood nak tgok tepon,  nak tgok fb... semuanya tak de mood.. nak stadi semalam seharian da stadi.. (wah! ulat bukunya cik zu :p ).. 

Dari semalam, lepas cik zu stadi,cik zu ada la baca buku motivasi dan blog2 motivasi ni.. tp yang paling best, cik zu ad terjumpa nukilan ni.. dan cik zu rasa cik zu nak share lah untuk kawan2 cik zu.. hati ni anugerah Allah.. jd, sebagai hambanya, kita perlulah menjaga anugerah ini sebaik2nya.. tak kira lah hati itu hati kita atau pon hati orang lain... yang cik zu nampak sekarang ni, ramai orang pandai mencuri hati, tapi tidak menjaga hati itu.. ishk ishk..kenapa jadi camtu???? jd, jangann lah sakiti hati... kesian kan kat hati.. huhu




Aku lukiskan dalam diam
Bahawa hatiku butuh sebuah penghargaan 
Yang dijaga dan menjaga Mata 
dan hati bernama hamba
Bahawa inilah keharusan
Mencari yang lebih kekal dan hampir
Sedekat-dekat telingaku

Takkan pernah jatuhkan aku
Takkan pernah lemaskan aku
Bahkan memeluk diriku penuh rindu
Biar sunyi selamanya sunyi
Hati ku takkan dimiliki
Kerna jiwaku yang mengingini

Melepaskan bisikan yang berderap
Suci tanpa hubung
Sirna bersama cinta Agung
Allahurabbul Izzati
Pemilik hatiku

Istikharahku menetapkan segala
Bahawa kanku lepaskan segala
Lalu tawakkal penyambung cerita

Kujatuhkan penuh bahagia
Kuusap penuh rela
Pada cintaku terpelihara
Hadirnya dengan izin Maha Kuasa
Istikharahku kian jelas berbicara
Melepaskan bisikan yang berharap


Allahurabbi
Menitislah air mata


Cik zu ni bukan la ambik master hati, jiwa dan perasaan, tp sbg seorang insan yang ada hati dan perasaan, cik zu rasa paham kot.. best (^_^)v..

Jadi, sama2 lah kita menjaga hati kita dan juga orang disekeliling kita.. hati ni ibarat kaca, jangan biarkan ianya retak dan pecah.. (T_T)

 have a nice reading... 


ilalliqa'

Thursday 1 August 2013

Cinta dan perkahwinan

Assalamualaikum dan hi...

Rasanya dah hampir seminggu cik zu tak update blog cik zu...ermm...dalam seminggu ni, cik zu tak berapa nak sihat.. tapi bukan unsound mind ye...

So, hari ni cik zu nak tulis cerita sikit la... nak kata cerita tak la jugak, macam cerita kiasan la kot..hahaha...

Cinta..  perkataan yang hanya ada 5 huruf..tapi parahnya penghidap penyakit cinta ni, susah nak cakap.. cewah! Tapi sebenarnya adakah kita faham dan mengerti apa itu cinta?? Macam mana nak belajar tentang cinta??? ada tak matrikulasi cinta???? diploma cinta?? ijazah cinta??? master cinta?? phd cinta?? tak de kan?so, susah gak la nak explain.. tp, cik zu ad terbaca.. tentang satu kisah seorang pelajar dan gurunya..Perkahwinan pulak, kalau tersalah pilih, susah masa depan.. ye dak?? entahla, cik zu tak pernah kawen, jd tak tahu la...tp berdasarkan pengalaman kawan2, ghopenya canggitu la...



Cinta
Seorang pelajar  bertanya kepada gurunya apa itu cinta dan bagaimana dia ingin mencari cinta... Gurunya menjawab,”Ada ladang gandum yang luas di depan sana. Berjalanlah kamu dan tanpa boleh mundur kembali, kemudian ambillah satu saja ranting. Jika kamu menemukan ranting yang kamu anggap paling menakjubkan, ertinya kamu telah menemukan cinta” Pelajar tu pun berjalan, dan tidak seberapa lama, dia kembali dengan tangan kosong, tanpa membawa apapun.

Gurunya bertanya, “Mengapa kamu tidak membawa satupun ranting?”

Pelajar tu menjawab, “Aku hanya boleh membawa satu saja, dan masa berjalan tidak boleh mundur kembali (berbalik). Sebenarnya aku telah menemukan yang paling menakjubkan, tapi aku tak tahu apakah ada yang lebih menakjubkan lagi di depan sana, jadi tak ku ambil ranting tersebut.

Ketika ku melanjutkan berjalan lebih jauh lagi, baru kusedari bahawasanya ranting-ranting yang ku temukan kemudian tak sebaik dan secantik ranting yang tadi, jadi tak ku ambil sebatang pun pada akhirnya“

Gurunya kemudian menjawab “Jadi itulah yang dikatakan cinta”

Perkahwinan

Pada hari yang lain, pelajar tu bertanya lagi pada gurunya, “Apa itu perkawinan? Bagaimana saya boleh menemukannya?”

Gurunya pun menjawab “Ada hutan yang subur di depan sana. Berjalanlah tanpa boleh mundur kembali (menoleh) dan kamu hanya boleh menebang satu pohon saja. Dan tebanglah jika kamu menemukan pohon yang paling tinggi, kerana ertinya kamu telah menemukan apa itu perkawinan”

Pelajar tu pun berjalan, dan tidak seberapa lama, dia kembali dengan membawa pohon. Pohon tersebut bukanlah pohon yang segar/subur, dan tidak juga terlalu tinggi. Pohon itu biasa-sederhana saja, tidak terlalu lurus batangnya. Gurunya bertanya, “Mengapa kamu memotong pohon yang seperti itu?”

Pelajar tu pun menjawab, “Sebab berdasarkan pengalamanku sebelumnya, setelah menjelajah hampir setengah hutan, ternyata aku kembali dengan tangan kosong. Jadi dikesempatan ini, aku lihat pohon ini, dan ku rasa tidaklah buruk sangat, jadi ku putuskan untuk menebangnya dan membawanya ke sini. Aku tidak mau menghilangkan kesempatan untuk mendapatkannya” Gurunya pun kemudian menjawab, “Dan itulah yang dikatakan perkahwinan” ...

Jadi sekarang ni agak2 nya korang paham tak apa itu cinta dan perkahwinan.. ha, kalau tak paham lagi, kita jumpa sem depan la.. (tu ayat biasa lecturer la...kejam sungguh)

Oleh itu carilah cinta dan dapatkan perkahwinan. Kerana kita tidak mungkin memperoleh sebenar seperti yang kita impikan. Hidup ini hanya kesempatan yang sedikit dan sementara. Tidak mungkin akan terpenuhi segala yang kita mahu. Terimalah seadanya apa yang Allah dah tentukan untuk kita..Jadilah hambanya yang sentiasa bersyukur.. InshaAllah...

Bak kata salah sorang kawan cik zu, "Allah is the best planner"...


Wallahu'alam..


Thursday 18 July 2013

Nikmat paling manis apabila Allah mentarbiyah kita dengan pelbagai ujian, namun tautan ukhuwah mampu berhadapan dengan sejuta kesulitan, yang memberi suntikan semangat perjuangan..alirkan halawatul ukhwah, kesungguhan dalam berjuang melalui tautan hati..
Demi Allah Yang Maha Esa, Sesungguhnya tidak disediakan jalan yang mudah untuk menuju cinta Mu..menitis air mata tatkala merindu…menitis air mata tatkala merasakan semakin menjauh…tetapi janji Allah tetap segar dan mekar tanpa pengkhianatan..kerana ku tetap yakini..Allah menyatakan “Wajiblah cintaKu kepada orang-orang yang berkasih sayang kepadaKu”
(Asy-Syahid Hassan al-Banna)
Tiada rasa ketuhanan jika tiada ujian…tiada rasa kehambaan jika tiada kepasrahan..tiada rasa pergantungan jika tiada kepayahan..
Tunjangkanlah resahmu di dada solat..himpunkanlah peritmu di genggaman doa..tutupi kekecewaanmu dengan ketakwaan…dan nilaikanlah kesucian hatimu dengan keikhlasan hati..
Jika Syurga menjadi idaman, jalannya seluas mata memandang..jika keampunan yang didamba, gerbangnya setia menanti…Usah gusar dugaan di hadapan..andai hati nekad mengejar cinta Ilahi..
Pandanglah langit dengan binaannya yang kukuh…bintang dengan kelip-kelipnya..matahari dengan sinarnya..tata suria dengan susunannya..bulan dengan cahayanya..angkasa dengan pelanginya..setiap ciptaan Allah mempunyai keindahan tersendiri..biarlah hari-hari berbuat sesuka hatinya..terimalah segala ketentuan yang muktamad dengan berlapang dada..semoga rasa kesyukuran menjadi penghias setiap hamba Nya..
Pesan pada diri..tabahkan hati kuatkan semangat..pesan pada hati kukuhkan iman, banyakkan zikrullah…pesan pada naluri, jangan mengeluh, jangan kecewa..teruskan perjuangan hingga ke akhirnya..
Di mana sahaja ‘dia’ berada…pasti Islam kan agung semula..bila sahaja ‘dia’ berbicara pasti syaitan akan membencinya…bagaimana sahaja ‘dia’ memimpin alam maya, tersenyumlah malaikat dengan bangga…untuk apa sahaja tujuan ‘dia’ melangkahkan kakinya…nurnya takkan pernah malap..gemilang sinaran menerangi insan di sekelilingnya..berkejalah untuk Islam…bersabarlah demi Islam…menangislah untuk Islam..bergembiralah atas kejayaan Islam..semoga kita adalah ‘dia’ yang menjadi kebanggaan agama..amin
Berjalanlah dengan penuh harapan walau hidup ini tak selalu bahagia, sedekahkanlah satu senyuman walau dihatimu tak lagi mampu bertahan, belajarlah memaafkan walau dirimu terluka, berhentilah memberi alasan walau ingin menyatakan kebenaran, hiduplah dalam Iman walau hari dipenuhi dugaan dan berpeganglah kepada Allah walau Dia tak kelihatan…Bukti kasihNya,kita wujud didunia pinjaman ini. Ada sebab bila berlaku sesuatu perkara dan yakinlah Tuhan menguji setiap hambaNya yang mengakui keimanan kepadaNya. Jangan terlalu banyak berkhayal untuk jadi yang terbaik kerana hidup tak semudah itu, perihal kehidupan sebagai cermin dalam menilai sebuah pengabdian yang hakiki lagi abadi…Moga lelahmu dihargai Ilahi walau dicemuh insani
Dalam kita melangkah… Terkadang diuji dengan ujian yang terasa berat, Hingga kita terduduk dan menangis, Peritnya terasa tetapi ketahuilah, Dan renungilah dalam diri kerana… Mungkin air mata tika itu hadir kerana… Dia mahu menjahit sejadah IMAN yang kian terkoyak Lantaran ada langkah-langkah yang tersasar, Semoga tabah dan tetapkan iman… Biarlah kita keseorangan, Tanpa berteman, Biarlah malam, Tanpa sinar rembulan, Biarlah tidur, Tanpa dihiasi mimpi indah, Tapi, Jangan biarkan hatimu sunyi, Tanpa sepotong ayat, Ayat suci AL-QURAN

Kalau tidak kerana pemuda yang tetap hatinya dan binatang yang melata, orang tua yang berlutut dan anak-anak yang menyusu, nescaya tidak diturunkan atas kamu hujan itu mencurah-curah. Kamu tidak akan ditolong kecuali disebabkan oleh orang lemah yang terdapat di kalangan kamu. (Hadis riwayat Bukhari)
Kesabaran adalah suatu keperluan dalam usaha menegakkan keimanan, melaksanakan amal soleh, memperjuangkan kebenaran dan keadilan. Semuanya bukanlah suatu perkara yang mudah. Oleh itu, ia sangat memerlukan kesabaran. Kesabaran dalam menghadapi hawa nafsu, musuh-musuh luar dan kesusahan lain. Begitu juga kesabaran amat perlu dalam menempuh jalan perjuangan yang amat panjang dan semestinya mengikuti tahap-tahap yang teratur untuk menuju matlamat…

Termaktub dalam sepucuk surat khalifah Umar kepada Abu Musa Al Asyaari: “Milikilah sifat sabar. Sifat sabar itu ada dua. Sabar yang pertama lebih afdhal dari sabar yang kedua iaitu sabar dalam meninggalkan larangan Allah SWT dan sabar dalam menghadapi musibah. Ketahuilah bahawa sabar itu sangkutan iman (orang yang bersabar akan mendapat iman) kerana kebajikan yang paling utama adalah taqwa dan taqwa hanya dapat dicapai dengan sabar.” (SAIDINA ABU BAKAR R.A)
Berkata Saidina Ali K.W. : “Kelemahan adalah penyakit, kesabaran adalah keberanian, zuhud adalah kekayaan, wara’ adalah perisai dan sebaik-baik teman ialah yang mempunyai sifat redha”
Sabda Rasulullah “Aku menjamin dgn sebuah istana yg terdapat di tepi syurga bagi orang yg meninggalkan perdebatan meskipun ia benar, aku menjamin dgn sebuah istana yg terdapat di tgh syurga bagi org yg meninggalkan dusta meskipun ia bergurau, dan aku menjamin dgn sebuah istana yg tertinggi bg org yg membaguskan akhlaknya” [HR Abu Dawud, disahihkan albani]

hati manusia adalah terlalu unik, berbolak-balik, liar dan maknawi sifatnya. tidak ada sebarang alat atau kaedah yang mampu menguasai hati. hati itu milik Tuhan bukan milik tuan. dan hanya Allah sahaja yang mampu mengusai hati manusia.. belajarlah ikhlas dalam setiap amalan yang dikerjakan kerana ia merupakan satu usaha untuk merawat penyakit hati..
Singing Heart