Thursday, 1 August 2013

Cinta dan perkahwinan

Assalamualaikum dan hi...

Rasanya dah hampir seminggu cik zu tak update blog cik zu...ermm...dalam seminggu ni, cik zu tak berapa nak sihat.. tapi bukan unsound mind ye...

So, hari ni cik zu nak tulis cerita sikit la... nak kata cerita tak la jugak, macam cerita kiasan la kot..hahaha...

Cinta..  perkataan yang hanya ada 5 huruf..tapi parahnya penghidap penyakit cinta ni, susah nak cakap.. cewah! Tapi sebenarnya adakah kita faham dan mengerti apa itu cinta?? Macam mana nak belajar tentang cinta??? ada tak matrikulasi cinta???? diploma cinta?? ijazah cinta??? master cinta?? phd cinta?? tak de kan?so, susah gak la nak explain.. tp, cik zu ad terbaca.. tentang satu kisah seorang pelajar dan gurunya..Perkahwinan pulak, kalau tersalah pilih, susah masa depan.. ye dak?? entahla, cik zu tak pernah kawen, jd tak tahu la...tp berdasarkan pengalaman kawan2, ghopenya canggitu la...



Cinta
Seorang pelajar  bertanya kepada gurunya apa itu cinta dan bagaimana dia ingin mencari cinta... Gurunya menjawab,”Ada ladang gandum yang luas di depan sana. Berjalanlah kamu dan tanpa boleh mundur kembali, kemudian ambillah satu saja ranting. Jika kamu menemukan ranting yang kamu anggap paling menakjubkan, ertinya kamu telah menemukan cinta” Pelajar tu pun berjalan, dan tidak seberapa lama, dia kembali dengan tangan kosong, tanpa membawa apapun.

Gurunya bertanya, “Mengapa kamu tidak membawa satupun ranting?”

Pelajar tu menjawab, “Aku hanya boleh membawa satu saja, dan masa berjalan tidak boleh mundur kembali (berbalik). Sebenarnya aku telah menemukan yang paling menakjubkan, tapi aku tak tahu apakah ada yang lebih menakjubkan lagi di depan sana, jadi tak ku ambil ranting tersebut.

Ketika ku melanjutkan berjalan lebih jauh lagi, baru kusedari bahawasanya ranting-ranting yang ku temukan kemudian tak sebaik dan secantik ranting yang tadi, jadi tak ku ambil sebatang pun pada akhirnya“

Gurunya kemudian menjawab “Jadi itulah yang dikatakan cinta”

Perkahwinan

Pada hari yang lain, pelajar tu bertanya lagi pada gurunya, “Apa itu perkawinan? Bagaimana saya boleh menemukannya?”

Gurunya pun menjawab “Ada hutan yang subur di depan sana. Berjalanlah tanpa boleh mundur kembali (menoleh) dan kamu hanya boleh menebang satu pohon saja. Dan tebanglah jika kamu menemukan pohon yang paling tinggi, kerana ertinya kamu telah menemukan apa itu perkawinan”

Pelajar tu pun berjalan, dan tidak seberapa lama, dia kembali dengan membawa pohon. Pohon tersebut bukanlah pohon yang segar/subur, dan tidak juga terlalu tinggi. Pohon itu biasa-sederhana saja, tidak terlalu lurus batangnya. Gurunya bertanya, “Mengapa kamu memotong pohon yang seperti itu?”

Pelajar tu pun menjawab, “Sebab berdasarkan pengalamanku sebelumnya, setelah menjelajah hampir setengah hutan, ternyata aku kembali dengan tangan kosong. Jadi dikesempatan ini, aku lihat pohon ini, dan ku rasa tidaklah buruk sangat, jadi ku putuskan untuk menebangnya dan membawanya ke sini. Aku tidak mau menghilangkan kesempatan untuk mendapatkannya” Gurunya pun kemudian menjawab, “Dan itulah yang dikatakan perkahwinan” ...

Jadi sekarang ni agak2 nya korang paham tak apa itu cinta dan perkahwinan.. ha, kalau tak paham lagi, kita jumpa sem depan la.. (tu ayat biasa lecturer la...kejam sungguh)

Oleh itu carilah cinta dan dapatkan perkahwinan. Kerana kita tidak mungkin memperoleh sebenar seperti yang kita impikan. Hidup ini hanya kesempatan yang sedikit dan sementara. Tidak mungkin akan terpenuhi segala yang kita mahu. Terimalah seadanya apa yang Allah dah tentukan untuk kita..Jadilah hambanya yang sentiasa bersyukur.. InshaAllah...

Bak kata salah sorang kawan cik zu, "Allah is the best planner"...


Wallahu'alam..


4 comments:

  1. hi cik zu.. va va voomm.. maknanya cik zu kalau kita dah jumpa orang tu kita grab je dia walaupun dia x seperti yg kita impikan? tul tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. This comment has been removed by the author.

      Delete
    2. Hai..thanks sebb sudi mmberi komen... I like... Cewah!soalan hang ni baguih, cik zu bg 10markah la utk soklan ni... Bgauih kan, tanya soklan dapat makah.... Camne ea nak cakap.. Cikzu pon takde experience gak.. Tp kan, ape yang cik zu dok baca baca la kan.. Kita nak mncari pasangan hdup ni.. Kne la pilih gak. Jangan hang main bantai sebat je.. Hang nak kawen pon, kene la sekufu.. Sekufu ni bukan dr aspek pendidikan..let say hang ad master,jangan la pk kot mane2 pon,saya nak cr org master.ye la, sekufu kan.. Tu masalahnya. Kita selalu salah paham tu. Cer cek balik sekufu tu cmne..luas aspek sekufu ni...kalo kita da jumpa org tu, org tu cukup agama, baik budi bahasa,berpendidikan, n etc.. Grab je la.. Tp tak yah la guna istilah grab tu.. Cik zu rasa tak sesuai la.. Hang ingat ni jajan ke nak grab grab. Hang kene doa la, buat istikarah n etc.. Andai di bagus utk hang..permudahkanlah... Pentas cik zu mmberi hujah...ni opinion cik zu la...based on my personal thinking, advice n through reading.k tak? Kalo ad opinion len, leh share ngn cik zu :) btw, tq again for singgah2 kat cik zu nyer blog ni...before tu, lpe lak cik zu nak bgtau dan tegaskan... "Orang yang baik utk orang yang baik"... So, sng cite, jadilah seorang yang baik dalam segala hal...semoa kita dikurniakan jodoh yang juga baik seperti kita malah lebih baik dr kita...inshaAllah..

      Delete
    3. ooohh sungguh matang pemikiran cik zu va va voomm.. benarlah kata2 cik zu dalam ayat terakhir tu. 'lelaki yg baik adalah utk perempuan yg baik'. it was stated in the book of Allah. sy nak tambah, prof muhaya penah ckp..kalau kite nak jodoh yg baik, kita kena doa mase sujud terakhir solat tu. mintak dipermudahkan dan dipertemukan jodoh yg baik. then kita kena listkan ciri2 suami yg kita nak. n reflect kat diri kita. apa yg kita nak tu adakah diri kita jugak begitu? dr situ perbaiki kelemahan diri n inshaAllah dapatlah lelaki yg baik sbb kita pun baik kan. hehe. mintak maaf la guna istilah 'grab'. mmg x proper punnn.. ok thanks cik zu va va vooomm ;)

      Delete

Singing Heart