Assalamualaikum dan salam sejahtera...
Entri hari ni nak kate spesel sangat tu tak lah.. cuma lebih kepada perkongsian..mungkin ada antara kita pada waktu ini sedang memikirkan pelbagai soalan.. soalan tentang pelajaran, kerjaya, dan mungkin juga berkaitan dengan cinta..
Apa kata, hari ni kita bicara tentang cinta.. adakah cinta itu benar2 suci atau cinta itu sekadar perhiasan yang hanya menjadi satu bahan permainan...
Sebenarnya, cinta seorang lelaki kepada wanita dan cinta wanita kepada lelaki adalah perasaan yang menjadi satu fitrah yang telah diciptakan oleh Allah SWT di dalam setiap jiwa manusia..
" Dan diantara tanda-tanda kekuasaan-Nya adalah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya diantara kamu rasa kasih sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir." (Ar Rum ayat 21)
Jika kita melihat istilah cinta itu sendiri...Kita akan dapati bahawa cinta pada dasarnya sesuatu lumrah yang amat suci kehadirannya.. Cinta mengandungi segala makna dan maksud tentang kasih dan sayang, keharmonian, penghargaan dan juga kerinduan disamping mempunyai persiapan untuk menempuh kehidupan tatkala suka dan duka,serta ketika susah dan senang..
Islam adalah agama fitrah kerana itulah Islam tidak membelenggu perasaan manusia.. Seperti yang kita ketahui, Islam tidak mengingkari perasaan cinta yang tumbuh dalam diri seseorang manusia.. Akan tetapi, Islam mengajarkan kepada manusia bagaimana untuk menjaga perasaan cinta itu dilindungi dari segala kehinaan, maksiat dan apa sahaja yang boleh mengotori kesucian cinta tersebut..
Akhir kata daripada cik zu, cinta yang suci akan membawa kita kepada redha Illahi.. kerana cinta yang suci tidak ternilai harganya.. dan apabila anda telah menemui cinta suci tersebut, anda adalah seseorang yang telah terpilih untuknya..maka, hargailah kehadirannya..beristikarahlah dan bermusyawarahlah untuk itu kerana tidak rugi bagi orang yang beristikharah dan tidak pula menyesal bagi orang yang selalu bermusyawarah...Namun, jangan biarkan cinta sesama manusia itu melebihi cinta kita kepada Allah SWT..
Bersama-sama kita mencari dan menghargai cinta suci itu.. jika kita sudah ketemu, hargailah cinta suci tersebut.. yakin dan berbahagialah.. Jangan sesekali mempermainkan cinta suci tersebut..kerana cinta suci itu harganya tinggi.. ianya cantik seperti pelangi.. ianya tenang setenang awan dipagi hari...bimbang ia tidak akan menyinggah lagi...
Ok lah..rasanya cukuplah setakat ni dulu..neway thanks sebb sudi baca entry cik zu kali ni..semoga kita menemukan cinta suci itu..inshaAllah.. Hanya Allah yang lebih mengetahui..
tersentuh hati saya baca blog cik zu nie....
ReplyDeleteterima kasih untuk komen tersebut hakimah :p
ReplyDelete