Dah lama cik zu tak update blog ni.. walopon ada kawan2 yang mintak cik zu teruskan
penulisan di blog, cik zu tak dapat tunaikan...kesibukan melanda diri ini.. Alhamdulillah, hari ni diberikan sedikit kelapangan dan berjaya mencuri sedikit masa untuk update blog ni khas buat sahabat cik zu..
"Zu, 130%!.." ayat ni tak akan cik zu lupakan,,kerana ayat ini lah, persahabatan kami bermula..
Kebelakangan ini, kertas peperiksaan yang sukar kerap menyapa sahabat cik zu ini.. tapi cik
zu yakin bahawa sahabat cik zu ni akan lulus dengan cemerlangnya...Aamin..
Sebenarnya, setiap orang pasti menempuhi peperiksaan dalam kehidupan mereka..Beza nya, "paper" yang diduki oleh mereka.. ada "paper" senang.. ada juga "paper" susah..
Seperti kita menduduki peperiksaan di universiti, kita hendaklah menghadapinya dengan rasa penuh bersemangat, gigih, optimis, istiqamah dan juga sabar.. baru lah dapat Anugerah Dekan..ye dak??
Yang perlu kita ketahui adalah, sesukar mana pun peperiksaan tersebut dan keadaan yang kita alami, cuba lihat pada nasib saudara kita disebelah sana, yang mana menghadapi peperiksaan yang lebih sukar dari kita...Tetapi, sesulit apapun situasi yang kita alami saat ini,daya juang kita tidak boleh padam.
Jika mereka saja boleh, mengapa kita tidak. Jadi tidak ada alasan tak boleh bagi kita sebelum kita mengusahakan yang terbaik.
Be positive.
“Janganlah kamu bersikap lemah dan jangan pula kamu bersedih hati. Padahal kamulah orang yang paling tinggi derajatnya, jika kamu orang yang beriman.” (QS. Ali-Imran: 139).
Waktu UPSR dulu, soalan nya tak sesusah PMR..waktu SPM, soalannya tak sesenang PMR.. Waktu Diploma/ Matrikulasi, soalannya tak sesusah Ijazah., Dan semestinya soalan pada peringkat Master tidak sesenang ijazah.. Dan untuk PHD, pastinya segala2 nya mencabar..
Dan begitu lah Peperiksaan Kehidupan ini.. Semua ini adalah untuk meningkatkan darjat diri kita..
Berdoa sudah seharusnya dilakukan setiap muslim, walau apa pun situasinya, di mana pun dan bila-bila pun. Teruskan berdoa..
~Be positive and keep smiling~